Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Beza Umur 33 Tahun" - Pelajar Kahwin Dengan Cikgu Sendiri Ini Cetus Bualan Netizen

Kalau dah jodoh tak ke mana.

Cover image via @nasniza02 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jodoh, ajal dan maut itu semua perancangan dan rahsia Allah SWT

Kita tidak tahu siapa jodoh kita dan bila kita akan meninggal. Semua itu sudah dirancang dan ditetapkan oleh Tuhan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebuah pasangan pengantin yang mempunyai beza umur 33 tahun telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Rupa-rupanya suami merupakan cikgu sendiri masa di sekolah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang memuat naik dua keping gambar melalui aplikasi di TikTok.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia menunjukkan gambar zaman sekolahnya yang bersama gurunya. Lebih mengejutkan lagi adalah apabila dia berkahwin dengan gurunya sendiri selepas beberapa tahun berkenalan. 

Wanita itu lahir pada tahun 2002 manakala suaminya merupakan guru sekolah yang lahir pada tahun 1969. Titik permulaan bagi pasangan ini adalah di sekolah dan kini mereka telah berjaya bergelar suami isteri yang sah.

Mereka juga telah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel selepas dua bulan mereka bernikah pada tahun 2020.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Alhamdulillah, asalkan tak ambik suami orang kan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan dan 41K tanda suka di TikTok, rata-rata netizen turut mendoakan kebahagiaan mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook OHBULAN!:

Image via OH BULAN!

Image via OH BULAN!

Image via OH BULAN!

Semoga akak dan keluarga sentiasa bahagia sehingga Jannah! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment