Peguam Syarie Spill 7 'Red Flag' Calon Isteri Dari Segi Undang-Undang Syariah, Hati-Hati!
Bukan lelaki je ada red flag, perempuan pun ada.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang peguam syarie berkongsi tujuh red flag calon isteri dari sudut undang-undang syariah yang lelaki perlu tahu
Menerusi perkongsian di TikTok @dhaliashah, peguam tersebut berpendapat bahawa zaman sekarang sudah ramai wanita yang red flag dan orang lelaki juga mempunyai hak untuk dilindungi oleh undang-undang syariah.
Sudah semestinya, individu yang ada ciri-ciri red flag boleh menjejaskan hubungan suami isteri sekiranya tidak boleh dikawal.
Berikut di bawah adalah antara red flag calon isteri yang mungkin ramai tidak perasan selama ini berlaku dalam rumah tangga.
1. Selalu ugut nak report polis atau mahkamah
"Baru gaduh sikit, aku saman kau nanti! Belum kahwin pun dah ugut dengan undang-undang. Kalau awal-awal dah suka ugut, nanti suami hilang peranan sebagai pemimpin rumah tangga," katanya.
2. Tak hormat keluarga dan tak boleh ditegur
"Tak boleh ditegur, semua dikira menyekat. Dengan keluarga lelaki pun dah nampak tak hormat bila suka cakap buruk pasal keluarga lelaki.
"Dalam rumah tangga, tegur menegur dan nasihat. Bukan isu ego, tapi tanggungjawab dan perlu hormat keluarga masing-masing," katanya.
3. Kahwin sebab nak lari dari masalah
"Nak kahwin sebab nak bebas dari keluarga. Bila kahwin jadi pelarian, suami akan jadi mangsa beban emosi dan krisis lama," katanya.
4. Ada hutang atau tuntutan bekas suami yang tak selesai
"Masih dalam proses kes cerai, mut'ah, iddah tapi tergesa-gesa nak kahwin baru. Lelaki kena siasat latar belakang, takut nanti terpalit masalah yang sama," katanya.
5. Tak nak daftar nikah secara sah
Image via @dhaliashah (TikTok)
6. Suka minta cerai tanpa alasan syarie
Image via @dhaliashah (TikTok)
7. Tak terima konsep taat & nafkah
Image via @dhaliashah (TikTok)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment