Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pegawai Polis Terkejut Jumpa Video Lucah Anak 14 Tahun Ketika Periksa Bahan Bukti Telefon

Difahamkan, kegiatan sumbang anaknya terbongkar selepas si bapa terdetik untuk memeriksa telefon milik remaja perempuan itu.

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pegawai polis di Kota Bharu, Kelantan tidak menyangka terjumpa video tidak senonoh di dalam telefon pintar anaknya baru-baru ini

Menurut laporan Harian Metro, kegiatan sumbang remaja perempuan berusia 14 tahun itu dengan seorang lelaki terbongkar selepas bapa remaja itu terdetik untuk membuka telefon pintar anaknya selepas pendedahan beliau mengenai peningkatan jenayah seksual di Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, bapa remaja perempuan terbabit yang juga merupakan pegawai polis tampil membuat laporan sejurus selepas mengetahui perbuatan anaknya itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat

Image via Harian Metro

"Pemeriksaan di dalam telefon menjumpai video perlakuan seksual anak perempuannya bersama seorang remaja lelaki.

"Selepas pendedahan itu (kes rogol) pada minggu lalu, pegawai polis itu terus membuat semakan di dalam telefon anaknya.

"Dia terkejut selepas melihat video hubungan (perlakuan seksual) anak perempuannya dengan seorang lelaki. Pegawai polis itu terus membuat laporan berhubung kejadian itu," katanya.

Difahamkan selepas pendedahan itu, lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis

Mohd Yusoff berkata, pendedahan yang dibuat oleh beliau secara tak langsung dapat memberi kesedaran kepada ramai pihak termasuk ibu bapa, remaja, dan masyarakat supaya tampil membuat laporan polis sekiranya mendapati ada berlaku kejadian rogol atau perlakuan seksual.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment