Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu, Inisiatif Kempen SEISMIK & OHBULAN! Tangani Isu Seksual
Kenapa Peduli Seks? Pendidikan seks sering dianggap sebagai topik sensitif dan tabu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, dalam kalangan masyarakat perbincangan mengenai kesihatan seksual sering diabaikan dan impaknya amat dirasai
Dengan jumlah kes sebanyak 18,000 kehamilan remaja setiap tahun dan peningkatan kes gangguan seksual, Malaysia berdepan dengan cabaran ketara.
Menerusi Kempen Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu, Seismik dan OhBulan! menerusi kerjasama dengan Hello Doktor mengambil langkah proaktif untuk menangani isu berkenaan.
Bermula hari ini (1 November) hingga 30 November, inisiatif ini bertujuan memupuk perbualan terbuka dan berinformasi mengenai pendidikan seks dengan tumpuan khusus kepada usaha memecahkan stigma dalam kalangan komuniti Melayu.
Image via Peduli Seks
Kenapa peduli seks? Pendidikan seks sering dianggap sebagai topik sensitif dan tabu.
Namun, mengetengahkan isu berkenaan sangat penting kerana ia menggalakkan tingkah laku sihat, memperkasakan individu dengan pengetahuan asas, membanteras maklumat palsu, meningkatkan kesedaran gangguan, antunan seksual dan mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran hidup.
Kempen Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu berteraskan empat tunjang utama
Kesihatan: Perbincangan mengenai kesihatan lelaki dan wanita, termasuk kontraseptif dan kesihatan reproduktif.
Keluarga & Hubungan: Meneliti kepentingan persetujuan antara pasangan, mengenal pasti tanda-tanda penderaan emosi, fizikal, dan seksual, serta menggalakkan dinamik hubungan yang sihat.
Komuniti: Menghubungkan orang ramai dengan organisasi yang menawarkan sokongan di samping menangani isu sosial kritikal seperti gangguan seksual dan antunan seksual.
Dasar & Advokasi: Meningkatkan kesedaran mengenai dasar tempatan dan nasional berkaitan kesihatan seksual, serta menggalakkan penglibatan awam dalam memperjuangkan pendidikan seks yang menyeluruh.
Image via Peduli Seks
Bagi memastikan dapat menjangkau semua lapisan masyarakat, Kempen Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu akan menggunakan pelbagai medium, termasuk:
- Artikel dan video informatif
- Podcast dan sesi Siaran Langsung di YouTube
- Iklan TV, papan iklan, siaran di akhbar
Sebagai pusat digital kempen, laman microsite khusus says.com/peduliseks akan berfungsi sebagai platform sehenti untuk semua kandungan kempen, termasuk perkongsian cerita secara anonim dan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO).
Selain itu, tanda pagar #PeduliSeks akan digunakan untuk berinteraksi dengan audiens di pelbagai platform media sosial bagi meluaskan lagi capaian penting berkenaan.
Untuk info lanjut dan maklumat mengenai kempen ini anda boleh sahaja layari laman web Peduli Seks atau klik sahaja di SINI!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment