Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Pecah Rekod" - Pelajar Tengah Lumba Lari, Sekali Ada Anjing Kejar Belakang Ini Bikin Cuak

Lain macam dia punya power boost tu!

Cover image via @shfq.emyra (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, hari sukan sekolah akan diadakan setahun sekali

Sesetengah sekolah akan mengadakan hari sukan di padang sekolah masing-masing. Ada juga yang menganjurkan hari sukan di stadium berdekatan berikutan dengan banyak acara yang dipertandingkan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pelajar sedang bertanding berlari namun ada pula kejadian yang tidak diingini berlaku telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah lumba lari, sekali tak sangka ada anjing kejar dari belakang

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pelajar sedang memasuki acara pertandingan berlari baton di stadium. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sedang asyiknya seorang pelajar perempuan berlari ke garisan penamat, tiba-tiba datangnya seekor anjing dari belakang mengejarnya. 

Perkara itu membuatkan dia berlari lebih laju daripada sebelumnya. Lebih melucukan lagi adalah apabila salah seorang pelajar lelaki dilihat ingin menghalau anjing itu namun dia tergelincir pula membuatkan ramai terhibur. 

Image via @shfq.emyra (TikTok)

"Tu kalau brader tu tak kacau anjing tu silap-silap dah pecah record dunia akak tu lari" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 532K tontonan, 58K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dan ikut cuak. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @shfq.emyra (TikTok)

Image via @shfq.emyra (TikTok)

Image via @shfq.emyra (TikTok)

Image via @shfq.emyra (TikTok)

Memang adrenaline rush betul, kita yang tengok ni pun takut! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment