Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pakatan Harapan Tunai Manifesto. Tak Perlu Bayar Tol, Tapi Hanya Pada Waktu Tertentu...

Dalam sistem baru ini, akan terdapat tiga tempoh: waktu puncak, bukan waktu puncak, dan waktu biasa.

Cover image via FMT

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menunaikan salah satu manifesto pilihan raya lalu untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran secara berperingkat menurut terma perjanjian konsesi

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kerajaan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi lebuh raya yang mana syarikat tersebut merupakan pegangan majoriti.

Image via Facebook Faizal Riduan

“Dengan kejayaan pengambilalihan tersebut, kerajaan bercadang untuk menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada," kata kenyataan itu.

Selepas ini, kadar tol akan dihapuskan sama sekali pada waktu ‘off-peak’ iaitu bukan waktu puncak, di antara pukul 11 malam dan 5 pagi dimana penggunaan lebuh raya adalah percuma

Image via Iluminasi

Walau bagaimanapun, sebagai ganti kepada pemansuhan tol ini, ‘congestion charge’ atau caj kesesakan akan diperkenalkan di mana pengguna lebuh raya akan dikenakan bayaran dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari.

Manakala pada waktu biasa, pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.

Bukan itu sahaja, hasil kutipan ‘congestion charge’ ini akan digunapakai untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran pinjaman.

Image via Utusan

Lebihan kutipan akan disalurkan kepada satu dana pengangkutan awam iaitu untuk meningkat kualiti pengangkutan awam seluruh negara manakala lain-lain perincian berkenaan cadangan ini akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada masa yang sesuai.

Pemansuhan kadar tol ini akan membabitkan empat lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel terkini di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment