Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Teater ‘OlaBola The Musical’ Kembali Dengan Gegaran Lebih Luar Biasa Di Istana Budaya

OlaBola The Musical 2 akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, bermula 18 Februari sehingga 3 Mac ini.

Cover image via Ticket2U

Pementasan teater OlaBola The Musical merupakan persembahan paling laris di Istana Budaya bagi tahun 2018

OlaBola The Musical mengisahkan perjuangan “Tauke” Chow Kwok Keong, kapten pasukan bola sepak Harimau Malaya yang bertekad untuk memimpin pasukannya mara ke Sukan Olimpik, serta sahabat baiknya, Rahman yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pengulas sukan.

Pada pementasan tahun lalu, OlaBola Musical yang mengambil tema kesukanan itu membuatkan penonton yang hadir dapat merasakan feel yang tidak ubah seperti menonton perlawanan bola sepak secara langsung di kaca televisyen, yang mana penonton dapat menyaksikan detik-detik gol dijaringkan dalam gerak perlahan.

Bezanya semua itu berlaku di atas pentas teater.

Image via Berita Harian

Image via Berita Harian

Walau bagaimanapun, dengan bantuan teknologi pementasan digital baharu yang digunakan seperti latar belakang visual skrin besar LED, penayangan 180 darjah, pemetaan lantai digital, visual animasi, pencahayaan canggih dan bunyi sekeliling 360 darjah telah menaikkan suasana pentas.

Bukan itu sahaja, teknik pentas dan pergerakan kreatif digunakan serta kehebatan pelakon telah menyumbang dalam menaikkan mood penonton bagi menampilkan babak perlawanan bola sepak dari sudut berbeza.

Image via Astro Awani

Maka tidak terkejutlah OlaBola The Musical merupakan persembahan teater paling laris di Istana Budaya tahun lalu sehingga menerima 'standing ovation' daripada penonton pada setiap malam pementasan!

OlaBola The Musical yang juga merupakan adaptasi filem OlaBola yang pernah mencetuskan fenomena pada industri perfileman pada tahun 2016 ini bakal dipentaskan buat kali kedua!

Menurut pengarah serta penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina berkata, niat untuk mengadakan pementasan semula tercetus sewaktu perjumpaannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah sewaktu sesi dialog dan minum petang bersama penggiat seni.

Image via NST

"Tun Siti Hasmah beritahu saya, beliau tidak berkesempatan menonton ketika ia dipentaskan sebelum ini.

"Kebetulan ketika itu, Datuk Juhari (Datuk Mohamed Juhari Shaarani), Ketua Pengarah Istana Budaya, juga ada bersama. Jadi kami berpendapat idea mementaskan OBM untuk musim kedua perlu direalisasikan.

"Memang kami berharap Tun Mahathir dan Tun Siti dapat meluangkan masa menonton pementasan nanti," kata Puan Sri Tiara.

Image via BuyTicket.Asia

Menjanjikan persembahan yang lebih mantap daripada musim pertama, OlaBola Musical kali ini turut bakal menampilkan muka baharu antaranya Tony Eusoff, Hafeez Mikail dan Nabila Huda

"Kita tak akan pentaskan perkara yang sama. Sudah tentu ada kelainan dan jika anda merasakan OlaBola Musical musim pertama itu hebat, kali ini ia akan lebih luar biasa," janji Puan Sri Tiara semasa ditemui pada sidang media OlaBola Musical musim kedua di Istana Budaya, pada Selasa, 15 Januari yang lalu.

Image via Astro Awani

OlaBola Musical musim kedua ini akan mengekalkan Brian Chan sebagai 'Tauke' Chow Kwok Keong, Abimanyu Masilamani (Muthu), Luqman Hafidz (Ali) dan Lim Jian Wen (Ong Tiam Chai) serta Iedil Putra (Rahman).

Bukan itu sahaja, pementasan kali kedua ini masih mengekalkan rapper, Altimet yang memegang watak Sarjan Ahmad yang mana kemunculannya seperti ditunggu-tunggu peminat semasa pementasan yang lalu. 

Image via BuyTicket.Asia

OlaBola The Musical 2 akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, bermula 18 Februari sehingga 3 Mac ini. Penjualan tiket boleh dibeli bermula 18 Januari di laman Buyticket.Asia.

Bagi peminat yang ingin mengetahu lebih lanjut tentang pementasan teater berkenaan, boleh melayari laman web www.olabolamusical.com.

Lihat teaser OlaBola Musical Returns di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment