Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“Next Level Ni!” - Warganet Bangga Lihat Kolaborasi Sofyank & Paul Rudd Dalam Satu Video

Magic dia tak pernah tak power. Terbaiklah Sofyank!

Cover image via @sofyank96 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Filem terbaru keluaran Marvel Studios iaitu Ant-Man and the Wasp: Quantumania baru saja ditayangkan di Malaysia 16 Februari lalu

Seperti yang kita semua tahu, filem tersebut dibintangi oleh hero terkenal Paul Rudd. Kalau difikirkan, peluang untuk berjumpa dengan hero popular itu agak tipis untuk orang biasa.

Namun, baru-baru ini, influencer dan artis VFX Malaysia iaitu Sofyank telah tampil dalam satu video kolaborasi bersama Paul Rudd untuk mempromosikan filem itu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sangka dapat collab dengan Paul Rudd, siap borak macam kawan

Menerusi perkongsian video daripada Sofyank yang berdurasi 2 minit 2 saat, dia dilihat melakukan magic untuk berjumpa dengan Paul Rudd.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia dilihat tidak kekok langsung untuk bercakap dengan hero Ant-Man itu walaupun baru pertama kali membuat kolaborasi bersama.

"It's an honour to get to shoot with the sexiest man alive, Paul Rudd! Hope you guys enjoy this short video from us," katanya.

Image via @sofyank96 (TikTok)

"Perghh anak Malaysia dimata dunia! Syabas anak muda harumkan nama Malaysia" - Warganet

Dengan hasil video kolaborasi gempak yang kini sudah meraih 751K tontonan, 102.3K tanda suka serta 1.4K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut berbangga dan mengagumi bakat Sofyank yang semakin hari semakin hebat.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @sofyank96 (TikTok)

Image via @sofyank96 (TikTok)

Image via @sofyank96 (TikTok)

Syabas Sofyank! Semoga terus maju ke hadapan dan harumkan nama Malaysia. Kami sentiasa sokong! <3

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment