Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Buat Open House Ke?" - Ramai Teruja Rapper USA Cardi B Instastory Karipap, Bihun & Popia!

Cardi B tengah mengeteh ke tu?

Cover image via Fortune Twitter @POISHANOUS

Sesi minum petang memang boleh dikatakan wajib ada dalam rutin harian orang-orang kita, betul tak?

Minum petang ini merujuk kepada suatu jamuan di mana minuman panas seperti teh atau kopi disediakan bersama makanan ringan yang manis. Hidangan makanan boleh pilih sama ada mahukan menu tempatan seperti kuih-muih ataupun menu barat seperti kek dan roti.

Antara menu popular minum petang, cucur.

Image via SAYS

Disebabkan menu minum petang ini selalunya terdiri daripada makanan ringan, maka ia  juga boleh dihidangkan ketika mengadakan mesyuarat atau apa sahaja sesi perbincangan, seminar, mahupun kursus.

Menariknya, beberapa hari lalu, rapper terkenal dari Amerika Syarikat, Cardi B, telah mencuri perhatian netizen Malaysia dengan memaparkan hidangan minum petang orang kita seperti bihun, popia, dan karipap dalam instastory miliknya

Image via twimg.com

Image via twimg.com

Bukan itu sahaja, pemenang anugerah Grammy dan isteri kepada Offset dari kumpulan rap Migos itu juga telah membuat posting apa yang kelihatan seperti nasi goreng dengan ayam masak kicap serta sup daging.

Memang betul-betul makanan orang kita ni! Adakah Cardi B sebenarnya ada saudara mara di Malaysia?

Ternyata, hidangan yang dipaparkan dalam instastory miliknya itu tidak hanya terdapat di Malaysia. 

Bahkan, kuih dan makanan ini sebenarnya merupakan hidangan biasa di Trinidad, yang merupakan tempat asal ibu Cardi B.

Tapi biasalah orang kita pantang nampak 'produk' Malaysia, pasti gembira dan teruja!

Susulan daripada tularnya gambar-gambar menu hidangan tempatan itu, rata-rata netizen Malaysia mula memuat naik posting lucu tentangnya.

Antara komen menarik dari netizen:

Lawak pula baca komen-komen orang tempatan kita ni!

Image via Gfycat

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Bebe Rexha kecek klate ko tu?

Hantu penanggal masuk senarai Top 45 Hantu Dunia pun boleh buat netizen Malaysia excited:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment