Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Netizen Kecewa Pas Perjalanan Tanpa Had RapidKL My30 Bakal Digantikan Dengan My50

Pas perjalanan tanpa had RapidKL My50 bakal berkuatkuasa mulai 1 Januari 2022.

Cover image via Harian Metro Berita Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai pengguna pengangkutan awam, pas perjalanan tanpa had ‘My30’ yang disediakan oleh Rapid KL telah banyak membantu menjimatkan perbelanjaan bulanan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka

Begitupun, baru-baru ini pihak Rapid KL telah mengumumkan penawaran pas perjalanan tanpa had ‘My30’ akan ditamatkan pada 31 Disember ini dan ditukarkan menjadi ‘My50’ bermula 1 Januari 2022.

Menurut Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Ir. Wee Ka Siong, pengenalan pas perjalanan ‘My50’ ini adalah bukti bahawa Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya dalam keadaan mencabar sekarang selaras dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia’.

Pengumuman itu telah membuatkan netizen berasa kecewa dan meluahkan perasaan tidak puas hati kerana peningkatan tersebut sedikit sebanyak telah memberikan kesan terhadap kewangan orang ramai.

Image via Rapid KL (Facebook)

Image via Rapid KL (Facebook)

Peningkatan sebanyak RM20 itu dilihat memberikan kesan agak besar buat sesetengah kelompok pengguna pengangkutan awam

Sebagai rekod, My50 menggantikan pas perjalanan tanpa had My30, yang diperkenalkan Kerajaan di bawah skim Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA pada bulan Jun 2020.

Tempoh promosi untuk My30 bakal berakhir pada 31 Disember 2021 dan ia akan diganti dengan pas perjalanan RM50 sebulan sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam cadangan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober lepas.

Hasil tinjauan di media sosial pula mendapati rata-rata netizen menemplak alasan peningkatan harga pas perjalanan tanpa had dikaitkan dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia’ dan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.

Netizen turut menegaskankan jika betul-betul prihatin tentang kebajikan rakyat yang sedang bergelut dengan masalah Covid-19 dan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini, sepatutnya kekalkan sahaja ‘My30’ sehingga keadaan kembali stabil seperti biasa.

Berikut di bawah antara komen netizen mengenai isu berkenaan:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment