Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Nervous" - Pengantin Ini Sampai Tersasul Sebut Mas Kahwin RM500 Juta Masa Akad Nikah

Aduhai, abang buat hal!

Cover image via @ieraa.shahira (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Buat mereka yang pertama kali baru nak melangkah ke alam perkahwinan, akad nikah boleh menjadi sesuatu perkara yang mendebarkan

Kebiasaannya, pengantin lelaki terutamanya yang paling nervous, maklumlah mereka yang nak berdepan Tok Kadi dan melafazkan akad nikah. 

Sama seperti video yang tular di TikTok ini berkenaan seorang pengantin lelaki yang nervous sampai tersasul sebut jumlah mas kahwin telah membuatkan ramai terhibur.

Lihat video penuh itu di bawah:

Saksi sampai tepuk dahi apabila dengar pengantin lelaki tersasul sebut mas kahwin RM500 juta

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ieraa.shahira, kelihatan sedang berlangsungnya sebuah majlis akad nikah di sebuah tempat yang tidak dikenal pasti.

Kedua-dua pengantin duduk berhadapan dengan Tok Kadi dan saksi. Pengantin lelaki sudah bersedia untuk melafazkan akad nikahnya.

Namun, apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila pengantin lelaki itu tersasul menyebut jumlah mas kahwin sebanyak RM500 juta. Hal ini membuatkan ramai di situ terkejut dan ketawa. 

Lebih menarik, saksi akad nikah yang turut ada di situ sampai menampar dahinya sendiri melihat gelagat pengantin tersebut. Walau bagaimanapun, dia dilihat masih nervous dengan muka terpingga-pingga. 

Image via @ieraa.shahira (TikTok)

"Pengantin perempuan baru nak feeling-feeling sedih, last-last berdekah macam tu je" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun mendapat 548.4K tontonan, 36K tanda suka serta 1.2K komen di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi pengantin tersasul sebut jumlah mas kahwin tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @ieraa.shahira (TikTok)

Image via @ieraa.shahira (TikTok)

Image via @ieraa.shahira (TikTok)

Image via @ieraa.shahira (TikTok)

Image via @ieraa.shahira (TikTok)

Amboi bang sampai RM500 juta tu. Alhamdullilah, terus isteri jadi jutawan :P

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment