Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Nampak Remeh Tapi Penting! Ini 5 Tips Interview Secara 'Video Call' Yang Korang Kena Tahu

Sesiapa yang bakal melalui sesi temu duga secara panggilan video, boleh cuba tips ni ok!

Cover image via SAYS Seismik

Di zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai majikan mula membuat sesi temu duga secara panggilan video atau dalam talian bagi pengambilan pekerja baru

Gambar sekadar hiasan

Image via Ignite Digital

Kebiasaannya, sesi temu duga secara panggilan video ini dibuat atas beberapa faktor. Antaranya adalah masalah jarak yang terlalu jauh di antara calon dan majikan, faktor keadaan semasa seperti penularan wabak Covid-19 yang sedang berlaku ketika ini dan banyak lagi.

Mungkin ramai yang menganggap bahawa sesi temu duga secara panggilan video lebih mudah berbanding bersemuka empat mata di pejabat. Namun hakikatnya adalah tidak malah ia sebenarnya lebih mencabar dan mendebarkan.

Untuk sesiapa yang bakal menjalani sesi temu duga secara panggilan video, anda sebenarnya perlu membuat persediaan yang lebih banyak dan rapi

Justeru itu di Twitter, seorang individu telah berkongsikan lima tips berguna yang anda perlu titik-beratkan bagi menghadapi temu duga secara panggilan video.

Tips serta perkongsian ini telah dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama @nurkhdjhblh.

Untuk melihat tips yang sepenuhnya, sila baca di bawah:

1. Pastikan lighting on point!

Penting untuk anda pastikan kualiti cahaya di rumah atau bilik anda adalah di tahap yang paling memuaskan dan baik. Jangan pula buat sesi temu duga dengan bakal majikan anda di tempat yang gelap ok!

2. Walaupun hanya video call interview, tapi jangan pula buat di tempat yang berselerak. Malu dik non!

Pastikan ruang serta kawasan yang anda ingin buat panggilan video itu bersih dan tidak berselerak. Yang penting ia perlu nampak formal!

3. Kawal bunyi bising di sekeliling anda

Nampak remeh tapi penting. Tapi anda kena pastikan tiada sebarang bunyi bising di kawasan sekeliling anda agar ia tidak menggangu sesi temu duga.

4. Buat experiment terlebih dahulu

Sebelum sesi temu duga, seeloknya anda membuat 'experiment' terlebih dahulu bagi memastikan ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah kelak.

5. Kenal pasti bahasa yang digunakan oleh majikan

Keliru untuk menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris ketika sesi temu duga? Cuba kenal pasti bahasa yang kerap digunakan oleh majikan anda ketika sesi temu duga tersebut. Jika banyak digunakan bahasa Melayu, bolehlah anda gunakan bahasa tersebut. Jangan pening-pening ok!

Nampak mudah bukan? Tapi jangan lupa gunakan tips yang telah dikongsikan ini tau!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lihat lebih banyak tips di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment