Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Mungkin Tiada Rezeki Nak Bersedekah, Lelaki Ini Pasrah Jumpa Selipar Dalam Bubur Kacang

Tak baik buat rezeki macam tu.

Cover image via @ashhryyyyy (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pada bulan puasa ini pasti ramai umat Islam yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bersedekah

Tambahan pula, Allah telah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda bagi orang yang bersedekah pada bulan mulia ini. Selain itu, ia juga dapat menghapuskan dosa-dosa kita. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan niat sedekah seorang lelaki tidak kesampaian apabila dia terjumpa selipar di dalam tong bubur telah mendapat tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Baru nak sedekah, sekali terkejut jumpa selipar dalam bubur

Menerusi video yang dikongsi oleh @ashhryyyyy, kelihatan seorang lelaki merakam sebuah tong yang berisi bubur kacang untuk disedekahkan.

Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah apabila terdapat beberapa pasang selipar di dalam tong berisi bubur kacang tersebut.

Di ruangan kapsyen, lelaki itu jelas berasa kecewa dengan situasi yang berlaku. Dia juga pasrah menyatakan mungkin tiada rezekinya untuk bersedekah pada hari itu. 

Image via @ashhryyyyy (TikTok)

Image via @ashhryyyyy (TikTok)

"Tak apa Allah tahu, niat nak buat baik pun dapat pahala tau. Ni pula kena khianat dapat pahala lagi. Allah tahu segalanya" - Netizen

Ekoran tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.5M tontonan, 99.9K tanda suka dan 2.9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib lelaki itu.

Malah, ada juga yang mendoakan supaya dia mendapat rezeki yang lebih baik.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @ashhryyyyy (TikTok)

Image via @ashhryyyyy (TikTok)

Image via @ashhryyyyy (TikTok)

Image via @ashhryyyyy (TikTok)

Image via @ashhryyyyy (TikTok)

Image via @ashhryyyyy (TikTok)

Image via @ashhryyyyy (TikTok)

Image via @ashhryyyyy (TikTok)

Image via @ashhryyyyy (TikTok)

Siapalah yang tergamak letak selipar dalam bubur tu. Apa-apa pun min doakan semoga abang diberikan rezeki yang lebih luas lagi lepas ni :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment