Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Muat Naik Foto 'Masjid Ubudiah' Di Media Sosial, Mesut Ozil Curi Tumpuan Netizen Malaysia

Sebagai rekod, Ozil sememangnya kerap memuat naik gambar-gambar masjid ikonik lain di seluruh dunia.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel
menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, Mesut Ozil merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang kini bermain untuk kelab Turki, Fenerbahce

Walau bagaimanapun, bintang Jerman itu kini menjadi tumpuan netizen di Malaysia hanya disebabkan sekeping gambar yang memaparkan gambar Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar di akaun media sosialnya.

Gambar tersebut dimuat naik menerusi akaun media sosial rasminya yang menunjukkan imej lukisan pemain berumur 33 tahun itu sedang berdoa di hadapan masjid ikonik tersebut.

“Wahai Allah, aku percayakanmu dengan masa silamku, aku percayakanmu dengan masa hadapanku. Aku percayakanmu pada hari ini, esok dan selama-lamanya. Jumaah Mubarak,” tulisnya pada kapsyen gambar berkenaan.

Sebagai rekod, Ozil sememangnya kerap memuat naik gambar-gambar masjid ikonik lain di seluruh dunia

Sebelum ini juga, Ozil turut pernah memuat naik gambar Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Mac 2021 di Instagramnya.

"Tuhan memberi harapan kepada mereka yang bermimpi - memberi keajaiban kepada mereka yang beriman dan dia tidak pernah mengecewakan orang yang bertawakkal kepada-Nya. Tuhan merahmati kamu," tulisnya pada kapsyen gambar berkenaan.

Dalam pada itu, Ozil juga merupakan seorang pemain bola sepak yang cukup lantang menyuarakan isu kemanusiaan melibatkan komuniti Muslim di seluruh dunia.

Malah, tindakan Arsenal menyisihkan pemain tersebut turut dikaitkan dengan kelantangannya membela nasib etnik Uighur di China yang didakwa ditindas oleh pihak kerajaan di sana.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment