Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Miliki Gambar Lucah, Cikgu Didakwa Amang Seksual Pelajar Tingkatan 2 Dalam Makmal Komputer

Guru tersebut telah di hadapkan di Mahkamah Sesyen Kemaman.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang guru didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan

Tertuduh, Nor Azi, 46, didakwa sebanyak empat pertuduhan di depan hakim di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa berkomunikasi secara seksual dengan mangsa berusia 14 tahun melalui WhatsApp pada 8 November yang lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, dibaca bersama Seksyen 16 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun.

Gambar Sekadar Hiasan.

Image via WhatsApp

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual secara meliwat mangsa dalam makmal komputer sekolah di daerah ini pada hari yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) akta sama, dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan. 

Gambar Sekadar Hiasan.

Image via DIY

Bagi tuduhan ketiga, tertuduh didakwa menghubungi mangsa menggunakan aplikasi WhatsApp dengan niat melakukan hubungan seks antara jam 6.50 petang hingga 7.14 malam di antara 4 hingga 7 November tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 12 akta yang sama, yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan sebat.

Bagi tuduhan keempat, tertuduh didakwa mengakses atau mempunyai dalam milikan atau kawalan pornografi kanak-kanak berkenaan ketika diperiksa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman pada 14 November tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 akta yang sama yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda maksima RM10,000 atau kedua-duanya.

Image via Berita Harian

Susulan tertuduh mengaku tidak bersalah, kes itu akan disebut semula pada 19 Disember nanti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment