Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Meriahnya Raya" - Raikan Aidilfitri Tahun Ini Dengan Barisan Program Menarik di TV3 & TV9

Jangan lupa tonton rancangan kegemaran anda!

Cover image via TV3MALAYSIA TV9MALAYSIA

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pelbagai program menarik bertemakan 'Seikhlas Hati' akan ditayangkan sepanjang dua minggu pertama Hari Raya Aidilfitri

Susunan program menarik ini telah dijayakan dengan barisan selebriti popular tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Aina Abdul, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Hael Husaini, Andi Bernadee, Meerqeen, Fauziah Latiff, Janna Nick, Nora Danish, Intan Ladyana, Nina Fazurina, Kenchana Devi, Beego, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Shila Amzah dan ramai lagi.

Jadi, jangan terlepas untuk gandakan kemeriahan lebaran anda dengan program-program hiburan di TV3 seperti Sampaikan Raya, Melodi Raya 2022, I Can See Your Voice Malaysia 5 (Episod 1: Edisi Raya), Master In The House Malaysia Raya, tonton Soundstage: Shila Amzah & Friends, J.K.K Raya dan Al Kisah Pak Kodi 5G.

Gandingan hebat hos Janna Nick dan Andi Bernadee dalam program Sampaikan Raya

Image via TV3 MALAYSIA

Program ini akan bersiaran pada 2 Mei 2022, pukul 11 malam di TV3 dan memaparkan tentang persiapan hari raya daripada Shuib dan anak-anaknya serta pasangan Fizo Omar dan Fareeza Nazri Azrai. Seterusnya, ucapan Hari Raya dari perantauan dan juga persembahan istimewa oleh penyanyi terkenal tanah air seperti Junainah M. Amin, Ramlah Ram, Ella, Aina Abdul, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Nabila Razali dan ramai lagi.

Saksikan istimewa raya pertama, kupasan topik-topik menarik dalam program inspirasi Tanyalah Ustaz pada 3 Mei 2022 pukul 6:30 pagi. Ikuti Da’i Aiman, Ustaz Jafri Abu Bakar dan Ustaz Nik Kamaruddin Yunoh yang akan membincangkan topik Silaturahim yang Terputus untuk tatapan seisi keluarga di TV3 dan TV9.

Tanyalah Ustaz Raya diteruskan pada minggu pertama raya dengan penambahan segmen lebih istimewa. Panel undangan juga akan menyediakan juadah raya sambil membincangkan topik-topik menarik bersama artis jemputan.

Saksikan program bual bicara popular, Malaysia Hari Ini (MHI) dan 999 Raya

Khas buat anda semua, MHI akan bersiaran selama dua jam iaitu dari pukul 8 pagi hingga 10:30 pagi pada Hari Raya pertama, 3 Mei 2022. Pelbagai topik hangat sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dibincangkan serta tidak dilupakan juga lintas langsung Takbir Raya, solat raya dan khutbah raya dari masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. MHI Raya diteruskan pada hari keesokannya dengan topik-topik raya menarik.

Seterusnya, 999 Raya juga akan bersiaran pada 3 Mei 2022, pukul 9:00 malam. Rancangan ini menampilkan anggota polis IPD Sepang yang terpaksa bertugas ketika banjir walaupun rumahnya ditenggelami air, seorang anggota bomba di Melaka terkorban ketika menyelamatkan mangsa banjir dan Polis Marin yang bertugas ketika syawal.

Pasti anda semua rindu rancangan televisyen nostalgia Puteri bukan?

Image via TV3 MALAYSIA

Raya tahun ini, TV3 membawakan istimewa untuk tatapan anda sekeluarga, 4 episod mini siri Puteri Reunion yang akan menemui penonton dari 3 Mei hingga 6 Mei 2022, pukul 10.30 pagi. Jangan terlepas untuk melihat telatah lucu Puteri dan rakan-rakannya iaitu Kamala, Nadia, Anita dan Roslan. Apa agaknya khabar mereka ya?

Selain itu, meriahkan lagi Aidilfitri anda dengan 4 episod anatologi raya, Wan Senja yang dilakonkan hebat oleh Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ali Reza Kavoossi dan Nabila Razali yang akan bersiaran dari 3 Mei hingga 6 Mei 2022, jam 11.30 pagi. Wan Senja mengisahkan tentang Hajah Rohimah berusaha mempertahankan kebahagiaan yang semakin menghakis dalam dua dunianya iaitu sebagai ibu dan guru.

Pada 4 Mei hingga 8 Mei 2022 pula, TV9 menyajikan anda dengan lakonan mantap oleh Datin Paduka Eina Azman, Aiman Badrul, Nur Dania Miazara dan Haziq Cilik dalam Misi Anak Bulan. Mini siri 5 episod ini mengisahkan tentang misi Aiman dan rakan-rakannya di kampung untuk melihat anak bulan.

Serikan lagi raya anda dengan susunan telefilem yang dibintangi oleh artis-artis popular tanah air

Image via TV9 MALAYSIA

Antara siaran telefilem menarik menanti anda di TV3 termasuklah Sempurna Mencintaimu (Redza Rosli, Intan Najuwa), Sakanak (Farid Kamil, Tiz Zaqyah), Ayahanda - Ibrah Ramadan (Jalil Hamid, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Hairi Safwan, Rita Nadira, Tasha Shilla), Artis Pujaanku Mai Raya (Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Sheila Mambo, Hairi Safwan, Faezah Elai, Hattan), Hantu Karaoke (Hazama, Nabila Razali), Misteri Pakcik Lumpur (Kazar, Zul Huzaimy), Misteri Lain Macam (Sissy Imann, Nadzmi Adhwa, Didie Alias, Azhan Rani), Villa Untuk Bella (Keith Foo, Yuna Rahim, Farhan Asri) dan Bini - Bini Lockdown (Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Datin , Datin Paduka Eina Azman, Sangeeta)

Telefilem yang akan menemui anda di TV9 pula ialah, Jangan Malu Menangis (Datuk Rosyam Nor, Fauziah Latiff, Ozlynn Waty Ismail, Aprena Manrose, Harissa Adlynn), Cikgu Nerd (Zoey Rahman, Puteri Sarah Liyana) dan Hari-Hari, Hari Raya (Muntazar Ghufran, Zila Bakarin, Zalif Sidek, Lan Siro)

Tidak ketinggalan juga, buat peminat siri filem Men In Black, TV3 akan menyiarkan Men In Black, Men In Black 2, Men In Black 3, dan Men In Black International pada minggu pertama Syawal.

Buat kaki drama, jangan terlepas untuk tonton siri drama baharu

Image via TV3 MALAYSIA

Ia akan ditayangkan di slot drama popular TV3 dan TV9 iaitu Samarinda: Kerana Aku Isteri Bidaan, Akasia: Bisik Bisik Gelora, Lestary: Melur Untuk Firdaus, Diandra: Ada Apa Dengan Saka dan Air Mata Allisya.

Pada Hari Raya pertama, pukul 6 petang, TV9 menyiarkan siri animasi istimewa Mina Mila: Kata Raya pada Hari Raya khas buat para penonton cilik. Selain itu, jangan lupa saksikan program berkonsepkan sitkom bual bicara, Peningnya Raya OhBulan! yang menampilkan hos-hos OBTV bersama-sama artis undangan Yassin Senario dan Aya Amiruddin.

Jangan lupa layari laman web rasmi kempen Seikhlas Hati, XTRA

Disini, anda boleh muat turun dan kongsi di media sosial koleksi e-Kad Seikhlas Hati yang menampilkan 16 selebriti popular.

Ikuti juga artikel - artikel menarik dan tips Ramadan, resipi makanan serta restoran yang menyediakan buffet menarik sepanjang Ramadan, senarai program menarik Ramadan dan Raya di TV3 dan TV9, ucapan serta kata-kata mutiara daripada selebriti popular dan juga paparan menarik di sebalik penggambaran video bagi kempen Seikhlas Hati di laman web tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia.

Wah banyak betul program menarik yang bakal ditayangkan raya ini! Mesti anda dah tak sabar kan?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment