Menteri Pelancongan Gesa Hotel Tawarkan Waktu Penginapan Sekurang-Kurangnya 23 Jam Sehari
Admin sokong cadangan ini!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menggesa semua pihak hotel agar menyelaraskan semula masa daftar masuk dan keluar bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam sehari
Menurut laporan Berita Harian, beliau berkata penginapan 23 jam sehari adalah perkara biasa di luar negara dan ia tidak menjejaskan soal kebersihan atau kualiti penginapan.
Malah, pengguna juga berasakan wang dibelanjakan berbaloi dengan perkhidmatan diterima.
Image via Malay Mail
"Saya faham jika hotel mahu menjimatkan kos dan dapat meraih keuntungan lebih banyak, namun perkara ini bukan hanya membabitkan keuntungan pemain industri semata-mata. Pelanggan yang berbelanja pasti mahu melakukannya dengan senang hati.
"Jika pelanggan berpuas hati dengan apa yang dibelanjakan, pasti pengusaha gembira dengan keuntungan berlipat ganda, sebaliknya jika pelanggan menerima pengalaman penginapan tidak memuaskan, ia memberi gambaran pihak hotel hanya mementingkan keuntungan dan bukan kualiti perkhidmatan," katanya.
Selain itu, beliau beri jaminan bantu selesaikan masalah kekurangan pekerja dibangkitkan pengusaha hotel sebagai punca tempoh proses pembersihan dan penyediaan bilik mengambil masa lebih lama yang menyebabkan mereka bimbang melanjutkan tempoh penginapan
Difahamkan, isu berkenaan akan dibincangkan dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dengan jaminan sudah diberikan kepada wakil industri hotel pada pertemuan di Parlimen.
"Pada masa ini, industri perhotelan tidak menikmati keutamaan apabila memohon pengambilan pekerja asing, malah bilangan negara sumber yang dibenar membekalkan pekerja asing amat terhad dan menjejaskan tenaga kerja.
"Saya akan berbincang dengan jabatan berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung perkara ini termasuk memberi kemudahan kepada pengusaha hotel mengambil pekerja asing secara terus tanpa melalui perantara," katanya lagi.
Image via Cadar Bestseller (Facebook)
Isu waktu penginapan hotel bangkit selepas pengguna mempersoalkan tindakan sesetengah hotel menetapkan waktu daftar masuk ke premis bermula jam 4 petang, manakala daftar keluar adalah pada jam 11 pagi keesokan harinya.
Sebagai langkah penyelesaian lain, King Sing turut mengarahkan Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) membantu mewujudkan kursus berkaitan latihan pembersihan dan pengemasan bilik hotel, dengan mereka yang tamat latihan diberikan sijil.
Ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan kerja di hotel, selain menambah imej profesional pelancongan Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment