Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

PU Azman Dihukum Penjara Lagi 14 Bulan, Mengaku Bersalah Buat Kelucahan Melampau

Tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau itu terhadap seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, dua tahun lepas.

Cover image via Afiq Razali/Kosmo! Bernama

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azma dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Klang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki, dua tahun lepas

Menurut laporan Bernama, PU Azman, 43, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid selepas representasi dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara diterima bagi menukar pengakuan sebelum ini yang mengaku tidak bersalah.

Representasi berkenaan dikemukakan Azman Syah pada Oktober lepas dan diterima Jabatan Peguam Negara pada awal November.

Azman Syah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek, Klang pada 9.15 malam, 10 Jun 2022.

Pendakwah selebriti Azman Syah Alias (tengah) dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Klang hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki, dua tahun lalu.

Image via Bernama via Harian Metro

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi dan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Syuhada Rosli manakala Azman Syah diwakili Peguam Fahmi Adilah.

Terdahulu, Azman Syah telah diperintahkan menjalani hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun pada 27 September lalu

PU Azman ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Image via Afiq Razali/Kosmo!

Fahmi dalam rayuannya memohon hukuman ringan terhadap anak guamnya selain memaklumkan pengakuan bersalah itu didorong faktor keinsafan dan menyesal atas perbuatan berkenaan, selain tertuduh berjanji kepada mahkamah untuk menjadi seorang warganegara yang baik dan berguna.

"Anak guam saya juga memohon maaf kepada pengadu (mangsa) yang terlibat dan kerajaan Malaysia, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mahkamah yang mulia ini kerana mengambil masa ketika perbicaraan berlangsung (sebelum representasi diterima Jabatan Peguam Negara)," katanya.

Rasyidah sebaliknya menegaskan sebagai seorang pendakwah selebriti, perkara itu tidak sepatutnya dilakukan terhadap pengadu yang ketika itu masih berusia 18 tahun selain pengakuan bersalah bukan faktor yang patut diambil kira oleh mahkamah untuk memberikan 'diskaun' terhadap hukuman.

"Pihak pendakwaan memohon hukuman berbentuk pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga terhadap masyarakat sejagat secara amnya," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment