Maxim & InDrive Diarah Henti Operasi Di Malaysia Berkuat Kuasa 24 Julai Ini
Selamat tinggal Maxim dan InDrive.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dua aplikasi e-hailing dari Russia iaitu InDrive dan Maxim diarah menghentikan operasi mereka berkuat kuasa 24 mulai Julai ini
Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah menghantar surat memberhentikan operasi kepada dua aplikasi e-hailing itu baru-baru ini.
"Berkuat kuasa 24 Julai ini, operasi InDrive dan Maxim perlu dihentikan daripada beroperasi di negara ini.
"Dua syarikat e-hailing berkenaan boleh membuat rayuan, namun rayuan itu hanya boleh diputuskan saya selaku Menteri Pengangkutan," katanya.
Kedua-dua platform e-hailing didapati menawarkan perkhidmatan tanpa mematuhi peraturan
Terdahulu, Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (Penghantar Malaysia) menggesa kerajaan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap dua aplikasi e-hailing itu termasuk menyekat akses platform berkenaan.
Mereka mendakwa kedua-dua platform e-hailing itu didapati terus menawarkan perkhidmatan tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.
Ia termasuk tidak memastikan pemandu mereka memiliki lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah, seperti diwajibkan undang-undang Malaysia.
Menurut APAD, dua syarikat e-hailing berkenaan didapati melanggar syarat pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
Hal ini termasuk memastikan semua kenderaan di bawah platform mereka beroperasi dengan Permit Kenderaan E-hailing (EVP) sah, iaitu salah satu syarat utama dalam Lesen Pengendali Individu (IBL) mereka.
Bagaimanapun, pelanggaran itu adalah kesalahan di bawah Seksyen 12D(1)(a) akta berkenaan, yang memberikan kuasa kepada agensi untuk membatalkan lesen mana-mana pengendali yang melanggar syarat-syaratnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment