Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Malaysia Baru Bukan Seperti Diharapkan, Bekas Peg. Khas Menteri Dedah Sebab Berhenti Kerja

Ramai di antara pegawai kerajaan yang bertindak menjadi perantaraan sesuatu urusan atau lebih dikenali sebagai ‘orang tengah’, yang ternyata bertentangan dengan prinsip dirinya.

Cover image via Twitter

Tidak dapat dinafikan pemerintahan kerajaan kini ibarat 'indah khabar dari rupa' kerana sering menimbulkan polemik dan mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat

Banyak masalah serta isu yang timbul pada pemerintahan kerajaan kini yang sudah tentu mengundang ketidakselesaan rakyat lebih-lebih lagi yang mengundi mereka.

Image via Google

Sudah pasti rakyat mengharapkan perubahan yang jauh lebih baik jika dibanding dengan kerajaan sebelum ini, namun, indah khabar dari rupa apabila rakyat diperdaya dengan manifesto dan janji manis ketika berkempen.

Bukan itu sahaja, bahkan pegawai-pegawai yang bekerja dalam kerajaan kini juga didapati masih bersikap mementingkan diri, tidak amanah, dan tidak berintegriti sehingga ada di antara mereka yang rela mengambil keuntungan 'atas angin'.

Menerusi laman Twitter, seorang pemuda yang pernah bekerja sebagai Pegawai Khas Menteri telah mendedahkan sebab mengapa dia pilih untuk menghentikan perkhidmatannya

Dalam bentuk rangkaian tweet, pemuda berkenaan telah menjelaskan salah satu faktor dia memilih untuk berhenti kerja sebagai Pegawai Khas Menteri adalah disebabkan masalah penyelewengan yang masih berlaku dalam pejabat.

Menurutnya, ramai dalam kalangan rakan industrinya yang mengamalkan pengambilan keuntungan atas angin atau komisen. Ramai di antara mereka yang bertindak menjadi perantaraan sesuatu urusan atau lebih dikenali sebagai ‘orang tengah’, yang ternyata bertentangan dengan prinsip dirinya.

Image via Twitter

Image via Twitter

Ekoran daripada itu, dia menyedari bahawa istilah 'Malaysia Baru' yang merupakan ungkapan untuk menggambarkan kerajaan yang baharu selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 sepatutnya 'lebih baik' daripada pentadbiran sebelum ini ternyata bukan seperti yang dibayangkannya.

Ramai yang masih ingin mengambil kesempatan di atas kesenangan yang ada.

Image via Twitter

Namun begitu, tegas pemuda itu, tidak semua pegawai yang dikenalinya bersikap sedemikian. Masih ada dalam kalangan rakan seperjuangannya yang tetap teguh berdedikasi membuat kerja demi rakyat. Malah ada juga yang rela berkorban sehingga sanggup berhenti kerja hanya kerana tidak bersetuju dengan arahan atau tindakan orang atasan.

Image via Twitter

Tambah pemuda itu lagi, dia juga memilih untuk berhenti kerja disebabkan faktor-faktor lain seperti masalah persekitaran kerja, selain ingin turut menjaga kesihatan mentalnya.

Namun, apa yang paling disesalinya ialah kerana dia tidak mampu membuat perubahan seperti diinginkan rakyat jelata. Meskipun begitu, dia percaya bahawa masih ramai pegawai dalam kerajaan yang akan terus bekerja bukan untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar ingin membela rakyat.

Image via Twitter

Mengakhiri rangkaian tweet-nya, pemuda itu berkata selepas lebih 5 bulan mendiamkan diri daripada bercerita tentang politik, kini dia hanya akan fokuskan dirinya pada pekerjaan baru di samping memperbanyakkan menulis tentang kehidupan serta perihal keibubapaan. 

Image via Twitter

Susulan daripada tularnya tweet tersebut, ramai yang memuji tindakan pemuda itu meletakkan jawatannya meskipun mampu hidup dengan lebih senang jika kekal disitu

Rata-rata kagum sikap serta integriti pemuda terbabit di samping berterima kasih sepanjang perkhidmatannya bersama kerajaan kini. Mereka juga mendoakan yang terbaik buat dirinya sekarang dan di masa akan datang.

Antara komen menarik dari warganet:

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Sekadar peringatan, haram hukumnya makan duit atas angin ini.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Selepas 20 bulan berkhidmat, Dr. Maszlee meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment