Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Main Mercun Tanpa Kebenaran Adalah Satu Kesalahan, Boleh Dihukum Penjara & Denda - PDRM

Bermain mercun boleh mengakibatkan kecederaan parah dan kejadian yang tidak diingini.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak bermain mercun

Hal ini kerana bagi mengelak kejadian tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan diri dan masyarakat.

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu aktiviti itu berisiko menyebabkan kecederaan serius, kebakaran serta gangguan ketenteraman awam.

"Malah, kami ingin mengingatkan bahawa bermain mercun tanpa kebenaran adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara atau denda berat," katanya 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Bimbang kejadian sama terus berulang

Menurut beliau, sepanjang tahun ini hingga semalam, dua kes kecederaan akibat bermain mercun dilapor membabitkan dua kanak-kanak di Kedah dan Kelantan.

Sebelum ini seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Kedah telah mengalami kecederaan pada tangan dan muka selepas mercun bola yang dinyalakannya meletup sebelum sempat dibaling.

Manakala di Kelantan, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun putus tiga jari selepas mercun buatan sendiri yang digunakan meletup secara tiba-tiba.

"Kami bimbang kejadian seperti ini akan terus berulang, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

"Orang ramai, khususnya ibu bapa, perlu memantau aktiviti anak-anak dan menasihati mereka supaya tidak bermain mercun," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Image via Berita Harian

Tambah beliau lagi, bermain mercun boleh mengakibatkan kecederaan parah seperti melecur, putus jari, buta dan kecacatan kekal.

Malah, bunyi letupannya boleh mengganggu ketenteraman awam terutama bayi, warga emas serta pesakit.

"Selain kecederaan, letupan mercun juga boleh menyebabkan kebakaran rumah, kenderaan serta kawasan belukar.

"Dalam beberapa kes sebelum ini, kebakaran besar dilaporkan berpunca daripada percikan api mercun yang terkena bahan mudah terbakar,"
katanya.

Dalam pada itu, PDRM dengan kerjasama agensi keselamatan dan pihak berkuasa tempatan akan mempergiatkan kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya bermain mercun.

"Kempen kesedaran perlu dianjurkan pada peringkat sekolah, masjid dan media sosial bagi menyampaikan mesej mengenai bahaya bermain mercun.

"Orang ramai disaran meraikan perayaan dengan cara lebih selamat seperti menghadiri pertunjukan cahaya, permainan tradisional atau mengadakan majlis keluarga tanpa mercun,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment