Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“Macam Tengok Bola” - Satu Family Bersorak Tengok Result SPM Gadis Ini Dekat TV. Terbaik!

Tahniah sis!

Cover image via @amirashman (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 baru saja keluar semalam

Ramai yang berkongsi keputusan cemerlang mereka di dalam media sosial dan meraikan detik gembira itu bersama keluarga tersayang.

Tidak terkecuali dengan salah satu video yang tular di laman TikTok ini apabila seorang gadis meraikan keputusan SPM nya dengan keluarga mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Tunggu result SPM ramai-ramai depan TV siap bersorak macam tengok bola

Menerusi perkongsian video daripada Amir Ashman, ia memaparkan dia dan keluarganya sedang menunggu keputusan SPM adik perempuannya di depan TV ruang tamu rumah mereka.

Sebaik saja keputusan adiknya terpampang di skrin TV, mereka sekeluarga bersorak kegembiraan kerana adiknya itu mendapat straight A's.

Malah, Amir seakan tidak percaya bahawa adiknya begitu pandai dan memperolehi keputusan yang sangat cemerlang. "Omg am I even her brother, pandai bongok," katanya.

Ibu dan ayahnya pula dilihat memeluk adik perempuannya itu tanda bersyukur kerana mempunyai anak yang membanggakan keluarga.

Image via @amirashman (TikTok)

Image via @amirashman (TikTok)

Image via @amirashman (TikTok)

"No wonder anak-anak cemerlang, sebab parents dan keluarga sangat harmoni. Tahniah dik!" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 247.9K tontonan, 36.9K tanda suka dan 602 perkongsian di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut merasa bangga dan menumpang gembira di atas kejayaan adik perempuannya itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @amirashman (TikTok)

Image via @amirashman (TikTok)

Image via @amirashman (TikTok)

Image via @amirashman (TikTok)

Image via @amirashman (TikTok)

Image via @amirashman (TikTok)

Image via @amirashman (TikTok)

Image via @amirashman (TikTok)

Seronok ada family supportive macam ni. Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar SPM 2020, korang memang awesome!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment