Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Liat Nak Bayar Balik? Ini 5 Cara Paling 'Sopan' Minta Hutang Kalau Kawan Tak Nak Bayar

Kalau tak jalan juga, pandai-pandailah.

Cover image via Daily TV Miss Memerizing

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di sini yang banyak menghadapi situasi untuk meminta hutang daripada kawan-kawan bukan?

Walaupun dah banyak kali bagi 'hint' tapi masih belum dapat juga duit kita. Kadangkala bukan tak nak tegur direct, tapi takut pula mereka terasa dan boleh memutuskan hubungan silaturrahim itu.

Jadi, macam mana nak bagi mereka ini 'sedar' yang kita perlukan duit tanpa buat mereka terasa? Ini mungkin cara sopan yang anda boleh guna untuk meminta hutang daripada rakan-rakan anda.

1. Mesej direct tanya soalan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cosmopolitan

Untuk yang pertama ini, kalau anda dah rasa dia macam liat sangat nak bayar cuba mesej terus berserta soalan "Hi, bila nak bayar hutang?" tanpa perlu berkias. Ataupun untuk lebih sopan mulakan dengan salam, pertanyaan khabar dan kemudian bertanyakan soalan tersebut.

2. Nak baiki kereta

Gambar sekadar hiasan.

Image via Carsome

Antara alasan yang korang boleh guna adalah mengenai penjagaan kenderaan anda. Contohnya seperti mahu servis kereta, kereta masuk bengkel dan sebagainya. Benda ini memerlukan duit dengan segera. Kemungkinan lepas itu mereka terus bank in pada anda.

3. Banyak pakai duit bulan ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berrita Harian

Selain daripada itu, anda mungkin boleh guna alasan dengan memberitahu bulan ini sudah banyak duit habis. Jadi, anda perlukan duit dengan segera dan minta pada si peminjam tu. Harap dia sedar!

4. Keluar lepak sekejap dengan si peminjam

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mingguan Wanita

Cara ini juga sangat bagus. Anda perlu mengajak si peminjam untuk keluar lepak dahulu seperti minum ke atau makan, dan sambil-sambil syok berbual, masukkan soalan mengenai hutang yang dipinjamnya dari anda.

5. Komen di Insta story mereka

Gambar sekadar hiasan.

Image via Statusgue

Cara ini mungkin ramai pernah buat. Iyalah, dah pandai pinjam selepas itu bila kita lihat Instagram stories mereka banyak pula duit nak keluarlah, tengok wayanglah dan sebagainya. Anda boleh personal komen dengan bertanya tentang hutang dia daripada anda.

Kalau tak jalan juga cara ini, mungkin dah boleh fikir sendiri kot nak guna cara apa :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment