Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gara-Gara Pasport Basah Kena Hujan, Lelaki Ini Sedih Tak Dapat Bercuti Ke Luar Negara

Alahai sedihnya, tapi nak buat macam mana.

Cover image via @fikryyazman (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bercuti sememangnya dapat menenangkan minda kita selepas penat bekerja

Inilah masanya untuk kita 'healing' dan melupakan kesibukan bekerja. Sudah tentu masing-masing mempunyai tempat percutian idaman mereka.

Tambahan lagi, jika kita sudah lama mengimpikan untuk pergi ke negara berkenaan. Malah, sanggup menyimpan duit untuk ke sana bukan?

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat bercuti ke negara yang ingin dilawati.

Image via @fikryyazman (TikTok)

Tak lepas pergi sebab pasport basah kena hujan

Menerusi video tersebut, kelihatan individu berkenaan berkongsi pengalaman pahitnya ketika mahu bercuti bersama isterinya.

Difahamkan, semasa itu mereka mahu pergi bercuti ke Turki. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila lelaki berkenaan tidak lepas dek kerana pasport yang basah.

"Hari nak berangkat ke Turki tak kesampaian, pasal pasport basah kena reject.

"Salah aku juga pasal pasport basah, tak alert benda gini," tulisnya.

Malah, dia memberitahu bagaimana pasportnya boleh basah adalah kerana dia bekerja di Singapura secara ulang-alik. Pada hari yang dia sampai di kastam Singapura, hujan sangat lebat.

"Takut jadi macam ni. Sebab tu saya memang simpan dalam beg sealed" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 307.5K views, 3,170 likes dan 257 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @fikryyazman (TikTok)

Image via @fikryyazman (TikTok)

Image via @fikryyazman (TikTok)

Image via @fikryyazman (TikTok)

Lihat video itu di bawah:

Tak apalah, mungkin tak ada rezeki.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment