Lelaki Menyamar Jadi Staf Hospital Sebab Minat, Beli Uniform Online & Ada Alat Perubatan
Difahamkan, individu itu dikenal pasti sebagai orang awam yang berusia 23 tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki berusia 23 tahun disahkan telah menyamar sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) awal April ini
Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Kesihatan Perlis, Dr Ghazali Chik, berkata insiden terbabit dilaporkan telah berlaku di HTF pada 8 April yang lepas.
"Hasil siasatan kita mengesahkan insiden itu benar berlaku di pekarangan HTF pada jam 9.28 malam. Individu itu dikenal pasti sebagai orang awam berusia 23 tahun.
"Individu itu juga didapati lengkap beruniform PPP dan mempunyai beg peralatan perubatan. Suspek mengaku membeli seragam PPP dan peralatan perubatan berkenaan melalui platform dalam talian," katanya.
Image via Databook
Menyamar menjadi petugas kesihatan sebab minat yang mendalam
Susulan pengenalpastian insiden penyamaran terbabit, satu laporan polis telah dilakukan.
"Tindakan lanjut terhadap pelaku diserahkan kepada pihak polis.
"Kita juga ingin mengingatkan orang ramai bahawa penyamaran sebagai penjawat awam adalah satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan," katanya.
Menurut Dr Ghazali, faktor mempunyai minat yang mendalam terhadap profesion berkenaan, mnyebabkan suspek sanggup menyamar sebagai salah seorang petugas perubatan di hospital itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment