Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Maut Ditikam Sebab Minum Air Oren Rakan Ketika Buka Puasa

Sebab marah sangat, dia hilang kawalan diri.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki maut diitikam rakan kerjanya semasa buka puasa semalam

Kejadian itu berlaku di asrama pekerja sebuah kilang di Seksyen 36, Shah Alam.

Insiden tersebut dipercayai berlaku selepas suspek lelaki berusia 51 tahun marah apabila mangsa minum air oren milik suspek ketika berbuka puasa.

Suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali dengan menggunakan sebilah pisau yang diambil dari dapur.

Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.20 malam.

"Hasil siasatan polis mendapati mangsa adalah warga Bangladesh berusia 49 tahun dan bekerja sebagai pekerja am. Mangsa dan suspek warga Pakistan tinggal bersama-sama di dalam kontena yang dijadikan sebagai asrama kilang." katanya.

Image via @redzuanNewsMPB (X)

Pihak polis turut merampas pisau yang digunakan

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Asistan Superintendan Md Anuar Md Amilah @ Harun di talian 019-2255597," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment