Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Malaysia Ini Tak Sangka Jumpa Vocalist Linkin Park Masa Melintas Jalan Di Jepun

Arghhhh seronoknya jumpa legend!

Cover image via Ash Nordin (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tuah ayam terletak di kakinya, tuah manusia tiada siapa tahu

Begitulah peribahasa yang boleh kita gambarkan dengan keadaan seorang pemuda Malaysia yang bertemu dengan co-vocalist kumpulan rock terkenal dunia, Mike Shinoda daripada kumpulan Linkin Park.

Insiden itu dikongsi beliau di laman Instagram miliknya baru-baru ini ketika bercuti di Tokyo, Jepun. 

Perasan waktu nak melintas jalan di Harujuku, Jepun

Melalui kapsyennya di Instagram, Ash Nordin memberitahu dia ternampak bintang terkenal itu ketika mahu melintas jalan di Harajuku, antara kawasan yang paling ramai orang di Tokyo.

Dia yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu memberanikan diri untuk bertanya sendiri tuan punya badan adakah dia selebriti seperti yang difikirkannya.

Semasa bercakap dengan Ash Nordin, dia memberitahu dia memang starstruck sewaktu insiden itu kerana dia memang meminati Linkin Park sejak kecil.

"He is so humble, polite and senyum je while we having a quick chat. Lepas ambil gambar tu dia salam lagi and cakap ‘You have a great day’ and we lintas sekali like nothing happen haha", katanya kepada SEISMIK.

Memang bertuah betul lah dia ni. Dalam berjuta-juta orang kat Jepun tu boleh pula dia terserempak dengan Mike Shinoda?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SINI:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment