Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Cina Bantu Bayar Sewa Gerai Nasi Lemak Kegemarannya Supaya Tak Tutup Ini Dihargai

Pelanggan of the year.

Cover image via Sunny Coco (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki berbangsa Cina sanggup membayar sewa selama setahun untuk gerai nasi lemak kegemarannya baru-baru ini mencuri tumpuan ramai

Menerusi sebuah hantaran perkongsian Sunny Coco di Facebook, lelaki itu mendedahkan dia telah makan di gerai itu sejak umur tujuh tahun,

Tambahnya, pelanggan di gerai tersebut semakin berkurang disebabkan tiada bas yang berhenti di situ menyebabkan terdapat tunggakan sewa selama setahun.

"Mereka mula berniaga sejak zaman datuk dan sekarang sudah sampai generasi ketiga. Disebabkan bas tidak berhenti di sini, pelanggannya sudah kurang dan terdapat tunggakan sewa kedai selama setahun.

"Mak cik menangis dan memberitau pihak bangunan sudah keluarkan surat amaran dan memintanya menutup gerainya. Tanpa memikir, saya serahkan wang tunai dan minta dia pergi bayar kepada kerajaan petang ini" tulisnya pada hantaran berkenaan.

Image via Sunny Coco (Facebook)

Lelaki tersebut menyeru kerajaan supaya membantu wanita berkenaan

Tambah lelaki itu, dia meluahkan rasa kurang senang apabila peniaga gerai seperti wanita tersebut kurang dapat perhatian dalam diberi bantuan.

"Saya sangat marah kerana gerai 50 tahun diminta tutup. Saya suruh dia pergi bayar agensi kerajaan ini, kalau mereka tak izin sambung sewa, saya akan marah mereka, malah mereka nak sewa kepada orang asing seperti Vietnam, Myanmar atau Bangladesh dengan kadar yang lebih tinggi?

"Saya seorang Cina boleh bantu mereka bayar sewa setahun tanpa kira kaum, kenapa kerajaan tidak boleh bantu ibu tunggal ini? Di mana semangat 1 Malaysia? Ini adalah lauk kepunyaan orang Kulai yang telah tiga generasi ada dan saya akan pastikan mereka terus berniaga" tambahnya.

Image via Sunny Coco (facebook)

Mulianya hati brother ni, semoga murah rezeki selalu! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment