Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Ya Allah, Baru Bangun?" - Ramai Gelak Lecturer Ini Terjah Rumah Pelajar Lewat Masuk Kelas

Difahamkan mereka semua terlajak tidur kerana sibuk menyiapkan final project masing-masing pada malam sebelumnya.

Cover image via Twitter @izzulaimanJ

Bergelar seorang pendidik bukan sahaja memerlukan ilmu dan pengetahuan yang tinggi, tetapi juga sifat sabar dan tenang dalam menghadapi pelbagai dugaan

Lebih-lebih pada masa ini yang mana pelajar-pelajar kini dikatakan semakin manja.

Meskipun begitu, sebagai pendidik, secara tidak langsung mereka juga terlibat dalam pembentukan sahsiah dan akhlak diri para pelajar. Kadangkala digelar 'ibu bapa kedua', para pendidik ditugaskan untuk membimbing dan mendidik pelajar-pelajar mereka menjadi manusia yang berguna pada masyarakat kelak.

Image via Harian Metro

Berdepan dengan pelajar bermasalah adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi setiap mereka yang bergelar pendidik. Namun begitu, atas dasar tugas serta minat mengajar itu, setiap pendidik harus memikirkan cara yang efektif dalam menanam minat untuk belajar dalam diri pelajar-pelajar mereka.

Lain orang lain caranya untuk mendekati pelajar ketika berada dalam kelas. Begitu juga dengan seorang pensyarah ini yang telah meraih perhatian ramai setelah satu rakaman video tular di media sosial.

Dalam video yang viral di laman Twitter itu menunjukkan seorang pensyarah lelaki sampai singgah ke rumah sekumpulan pelajar lelakinya yang terlepas masuk kelas kerana terbangun lambat

Rakaman video berdurasi 2 minit 20 saat yang dikongsikan pengguna Twitter @izzulaimanJ atau Izzul itu menunjukkan bagaimana dia dan rakan-rakannya terkejut apabila rumah sewa mereka didatangi oleh pensyarah gara-gara ingin mengejutkan kesemua mereka bersiap untuk ke kelas.

Image via Twitter @izzulaimanJ

Yang lucunya adalah gelagat pelajar-pelajar lelaki serta komen yang dilontarkan pensyarahnya itu. Bayangkan, sebahagian daripada mereka baru sahaja bangun daripada tidur dan ada juga yang masih bermalas-malasan untuk hadir ke kelas.

Difahamkan mereka semua yang merupakan pelajar dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual di Politeknik Muadzam Shah itu tidak cukup tidur kerana sibuk menyiapkan final project masing-masing pada malam sebelumnya.

Image via Twitter @izzulaimanJ

Dalam penghujung video itu juga dapat dilihat pelajar-pelajar itu akhirnya berjaya sampai ke kelas diikuti dengan gurau senda di antara pensyarah yang dipercayai bernama Encik Reza itu dengan pelajar-pelajarnya.

Lihat video penuh di bawah:

Dalam Twitternya, Izzul turut menyatakan rasa terharunya dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Encik Reza demi memastikan dia dan rakan-rakannya berjaya pada masa akan datang.

Image via Twitter @izzulaimanJ

Ekoran tularnya video tersebut, ternyata rata-rata warganet yang terhibur melihat gelagat pensyarah itu dan pelajar-pelajarnya

Mereka suka melihat kerapatan hubungan di antara pensyarah itu dengan pelajar-pelajarnya. Ada juga yang bertanyakan perihal pelajar lelaki itu serta yang berkongsikan pengalaman belajar mereka.

Antara komen menarik dari warganet:

Image via Twitter @izzulaimanJ

Image via Twitter @izzulaimanJ

Image via Twitter @izzulaimanJ

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment