"Lebih Baik I Balik Agama Asal" - Mualaf Rasa Kesal Dakwa Masjid & Zakat Tak Beri Bantuan
Semoga ada yang tampil bantu dan permudahkan urusan kakak ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti yang kita tahu, mereka yang baharu sahaja memeluk Islam adalah dipanggil mualaf
Jadi, mereka ini masih perlu banyak mengenali Islam lebih mendalam lagi. Malah, mereka ini juga adalah insan yang terpilih oleh Allah SWT untuk mendapat hidayah dan petunjuknya.
Namun, setiap orang mempunyai dugaan mereka sendiri sehingga ada pula yang mempersoalkan takdir mereka.
Baru-baru ini tular memaparkan sebuah video di TikTok selepas seorang wanita mualaf yang meluahkan rasa kesal terhadap dirinya.
Suami tinggalkan dalam keadaan mengandung, dakwa masjid dan zakat tak mahu tolong
Menerusi video di akaun TikTok @bossariffpeter, kelihatan dia sedang mendengar luahan isi hati daripada seorang wanita mualaf.
Menurut wanita itu, dia telah memeluk Islam selepas membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki Melayu. Malah, dia juga telah meninggalkan keluarganya selepas membuat keputusan itu.
Wanita terbabit memberitahu sebelum berkahwin, suaminya telah menjanjikan untuk hidup mereka lebih selesa. Namun, selepas sahaja berkahwin dan mengandung, suaminya itu telah meninggalkannya dan bersama dengan wanita lain.
"Sebelum kahwin dia janji bagi saya better life dan semua. Tapi mahu saya convert dahulu baru boleh kahwin. Sekarang saya mengandung, dia ada perempuan lain dan tinggalkan saya. Saya sekarang memang trauma dengan lelaki Melayu di Malaysia," katanya.
Image via @bossariffpeter (TikTok)
Tambahnya lagi, dia tidak bekerja dan tidak mempunyai duit sendiri untuk menampung hidup. Sehinggalah dia terpaksa meminta bantuan daripada masjid dan zakat, namun dia mendakwa ada yang menghalaunya dan zakat pula memerlukan suami turut ada sebagai proses mereka.
Oleh kerana itu, dia telah pergi ke salah sebuah Church untuk meminta bantuan di sana dan mereka menolongnya. Dia juga meluah ada rasa sedikit kekesalan dan seperti mahu kembali kepada agama asalnya.
"I rasa lebih baik pada agama asal, my life is better," ujarnya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment