Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lebih 53k Shares, Wanita Ini Kongsi Itinerari Backpack Dengan Anak-Anak Ke Hatyai Naik ETS

"Total perjalanan kami 4 beranak ke Hatyai selama 3H2M termasuk tiket ETS pergi balik, hotel, pengangkutan, makan dan minum adalah dalam rm1,600."

Cover image via Kinakira Awg / Facebook

Kadang-kala, kesibukan di tempat kerja membuatkan anda kekurangan masa untuk membawa anak-anak untuk bercuti. Tak kiralah sama ada dekat atau jauh, masa sering menjadi masalah.

Image via Giphy

Mungkin anda perlu pandai untuk 'curi' masa dan gunakan masa tersebut untuk diluangkan bersama anak-anak dan keluarga tercinta. Mana tidaknya, kerja di pejabat tidak akan pernah habis, lebih baik luangkan masa bersama keluarga. Betul?

Tak tahu nak bawa anak-anak ke mana? Boleh lihat tips wanita ini yang telah dikongsikan di Facebook miliknya tentang trip mereka sekeluarga ke Hatyai 3H2M menaiki ETS!

Image via Kinakira Awg / Facebook

Image via Kinakira Awg / Facebook

Perkongsian yang ditulis juga telah berjaya meraih sebanyak 53 ribu shares ketika artikel ini ditulis. Baca penuh di bawah:

Backpack bersama anak-anak selama 3H2M menaiki ETS ke Hatyai

Hari pertama:

Dari Kl Sentral ke Padang Besar - Tren bertolak jam 7 pagi - Tiba Padang Besar jam 12.30.
Berjalan ke imigresen Malaysia - Naik van ke imigresen Thailand (Sewa satu van TBHT 1300)
Van bawa kami dari Imigresen Thailand Ke Hotel di Hatyai, check in hotel. Kami stay di Hatyai Meridien Hotel. RM180 sahaja dua malam. Ada kedai makan muslim dan kedai urut depan hotel. Memudahkan. Cuma, hotel tu hotel lama.

Lunch di Salma Restaurant. Sedap gilerr cuma harga agak mahal. Jalan-jalan di Lee Gardens Plaza. Cuci mata untuk kosongkan perut. Menaiki tuk tuk ke Asean Night Market. (Seorang TBHT 16). Shopping jersey dan makan-makan. Heaven. Street food at it best! Murah
Menyesal juga makan banyak di Salma. Sebab kat sini semua jenis makanan Thai ada. Murahhhh pulak tu. Malam kami balik hotel dan berehat.

Breakfast yang dibeli di dalam ETS.

Image via Kinakira Awg / Facebook

Image via Kinakira Awg / Facebook

Hari kedua:

Breakfast di Dimsum Chadbura. Makanan super sedapp! Seat penuh kedai sesak, so kena datang awal. Kedai buka seawal jam 6pagi. Nora Plaza pula banyak barang kulit dijual disini dan souvenier juga macam T-shirt, keychain dan sebagainya. But harga quite mahal. Cashew Nut Factory (5 minutes walk from Nora Plaza)

Solat Zohor di Hatyai Central Mosque.Masjid ni benar-benar dekat dihati saya kerana suka melihat keramahan penduduk setempat serta ahli qariah masjid yang duduk bersama-sama menunggu hujan berhenti. Naik grab ke Floating Market. Rate dia dlm TBHT 120 untuk ke sana. Sebab lokasi dia jauh sket dari town. Cuaca masih hujan renyai-renyai. Jadi kalau boleh standby payung atau baju hujan. Travel dengan budak kecil mmg banyak kena standby peralatan lebih-lebih lagi backpack begini. 

Floating market ni memang best gilerrr! Makanan authentic semua ada. Cuma kena berhati-hati pilih peniaga yang bersih dan terjamin muslim. Time kami pergi orang memang ramai sangat. Jadi tempat duduk sesak sket plus ada banyak anjing liar mintak makanan. Scary! So, kalau nak shopping souvenier.. here is the place. Tshirt Hatyai murah dapat TBHT 80 JE. Dinner at Klonghae Seafood Buffet. Makanan super murah TBHT 300 SAHAJA! Boleh makan apa sahaja dari pencuci mulut, lauk-pauk sehingga ke pelbagai jenis seafood steamboat and grill. Nyumms.

Image via Kinakira Awg / Facebook

Image via Kinakira Awg / Facebook

Asean Night Market.

Image via Kinakira Awg / Facebook

Asean Night Market.

Image via Kinakira Awg / Facebook

Chadbura DimSum.

Image via Kinakira Awg / Facebook

Image via Kinakira Awg / Facebook

Untuk hari seterusnya, mereka turut pergi jalan-jalan untuk mencari barang basah dan sebagainya. Seronok betul!

Hari ketiga:

Kim Yong Market. Cuci-cuci mata tengok barang basah dan cari gula kabung. Breakfast kedai makan muslim depan hotel je. Makanan simple tapi sedap oi. Naik Van bergerak ke Station Kereta Api Padang Besar. Tren back Kuala Lumpur.

Total perjalanan kami 4 beranak ke Hatyai 3 hari 2 malam termasuk tiket ETS pergi balik, hotel, pengangkutan dan makan minum dalam RM1,600.

Kat sini saya share phone number van yang kami guna. Orangnya ramah, boleh berbahasa melayu dan servis bagus. Riddhuwan - ‭019 342 3362‬

One more thing, dalam ETS ni sejuk tau. Jadi please spare baju sejuk or selimut. Terutamanya untuk anak-anak kecil. Kesian takut x tahan sejuk.

Image via Kinakira Awg / Facebook

Image via Kinakira Awg / Facebook

Trip ke Hatyai ni manis sangat. Dapat backpacking sama-sama with my sister and family, kak fae and family. Kids extremely happy. Makanan semua sedap dan murahhh. Xpuas makan dan memang kena datang balik. Public transport di Hatyai mudah sangat, kami banyak pakai Grab sebab lebih murah dari tuk tuk. 

Plus, travelling with ETS and kids sangat menyelesakan. Kids boleh party all the way. Ada kemudahan tandas, surau dan kantin. Kami banyak refer tip dari facebook, terima kasih sangat-sangat pada sudi share. Sangat membantu. So, I wrote some here too. Maybe boleh bantu yang lain juga. Will repeat this trip again one day. Love Hatyai.

Floating Market.

Image via Kinakira Awg / Facebook

Image via Kinakira Awg / Facebook

Image via Kinakira Awg / Facebook

Image via Kinakira Awg / Facebook

Image via Kinakira Awg / Facebook

Hatyai memang terbaik!

Image via Kinakira Awg / Facebook

Image via Kinakira Awg / Facebook

Klonghae steamboat

Image via Kinakira Awg / Facebook

Image via Kinakira Awg / Facebook

RM1,600 untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak menaiki ETS ke Hatyai selama 3H2M. Berbaloi bukan? ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cuti nanti jom Hatyai? :D

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment