Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lapangan Terbang Di New Zealand Benarkan Berpeluk Maksimum Hanya 3 Minit Di Zon Drop-Off

Difahamkan, lapangan terbang itu menyediakan tempat letak kereta alternatif bagi mereka yang mahukan lebih lama.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah lapangan terbang di New Zealand telah menghadkan pelukan di zon turunnya kepada maksimum tiga minit

Difahamkan, mereka menyediakan bahagian tempat letak kereta lain bagi sesiapa yang ingin mengucapkan selamat tinggal yang lebih lama.

Menurut sumber, Lapangan Terbang Antarabangsa Dunedin, di Pulau Selatan New Zealand, mengumumkan perubahan peraturan itu bulan lalu sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih meluas untuk meningkatkan keselamatan dan memastikan trafik mengalir di zon itu.

Papan tanda juga telah diletakkan untuk memaklumkan orang ramai mengenai peraturan baru tersebut dengan "Masa pelukan maksimum tiga minit".

Sebelum ini, papan tanda hanya mengingatkan pemandu bahawa kereta yang dibiarkan tanpa pengawasan akan berisiko disita dan dikenakan bayaran NZ$70.

Image via Dunedin Airport (Facebook)

Ketua Pegawai Eksekutif lapangan terbang itu, Daniel De Bono, memberitahu Radio New Zealand (RNZ) lapangan terbang adalah "tempat beremosi" dan memetik kajian yang mencadangkan pelukan 20 saat cukup lama untuk melepaskan oksitosin, "hormon cinta."

Beliau berkata pergerakan penumpang yang pantas membolehkan lebih ramai orang mendapat lebih banyak pelukan.

Malah, papan tanda itu juga menjelaskan kepada sesiapa yang ingin "perpisahan yang baik" harus pergi ke tempat letak kereta, di mana ianya percuma untuk 15 minit pertama.

Image via Stevwill

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment