Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

KPM Umum 6 Berita Gembira Buat Guru, Antaranya Boleh Mohon Bertukar Lepas 2 Tahun Berkerja

Fadhlina Sidek mengumumkan perkara itu sempena sambutan Hari Guru Ke-54.

Cover image via Utusan TV TVS

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Para guru menerima khabar gembira selepas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan enam berita istimewa buat mereka

Menerusi laporan Buletin TV3, enam inisiatif itu ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan pertukaran guru selepas seseorang guru itu berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat.

Bagi inisiatif kedua pula, seramai 1,470 orang personel MyPg, iaitu pembantu guru bagi tahun 2025 yang mana sekolah terpilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan akan menerima dua pembantu guru.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Image via Berita Harian

Warga pendidik juga akan mendapat diskaun 20 peratus bagi pembelian tiket kapal terbang

Selain itu, seramai 32 guru dalam kalangan penerima Anugerah IKON, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Khas Pendidikan dan Anugerah Guru Berwibawa sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bakal melalui pengalaman di sekolah antarabangsa di United Kingdom secara percuma di bawah Program Global Immersion For Future-Ready Teachers (GIFT)

Inisiatif keempat pula, KPM akan menghantar guru dan pegawai terpilih untuk mengikuti Program Kursus Jangka Pendek di luar negara untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam beberapa bidang terpilih.

Kelima, diskaun 20 peratus bagi pembelian tiket kapal terbang kepada guru ke seluruh destinasi melalui portal MH GoM.

Untuk inisiatif yang terakhir, diskaun buku antara 20 peratus hingga 30 peratus bagi pembelian secara dalam talian menggunakan ID DELIMa KPM.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment