Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kos Rawatan & Pembedahan Hanya RM202, Wanita Cina Kongsi Pengalaman Di Hospital Kerajaan

Sistem perubatan Malaysia memang terbaik!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai fasiliti perubatan yang sangat bagus dan memuaskan

Malah, rakyat Malaysia juga bertuah kerana diberikan pelbagai faedah perubatan daripada kerajaan.

Berbeza dengan hospital swasta, kos rawatan di hospital kerajaan jauh lebih murah.

Baru-baru ini, seorang wanita Cina berkongsi pengalamannya ketika menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan yang digambarkan sangat bagus.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tiong Hua Sang

Mula-mula tak yakin nak masuk hospital kerajaan, tapi berubah selepas menerima rawatan di situ

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, wanita Cina yang dikenali sebagai Lily itu memberitahu ibunya perlu dipindahkan ke hospital besar kerajaan di Serekei, Sarawak.

Namun, dia meluahkan rasa gementar dan bimbang akan beberapa faktor seperti kekurangan doktor, katil hospital yang terhad, dan ketidakpastian tentang fasiliti di hospital pekan kecil.

Malah, dia juga bimbang jika bilik pembedahan penuh dan pembedahannya dijadualkan terlalu lewat, yang boleh menjejaskan proses pemulihan ibunya.

Namun, ia benar-benar mengubah pandangannya sebaik sahaja menerima rawatan di situ.

"Hospital ini jauh lebih besar daripada yang saya bayangkan. Doktor sangat ramai, jadi tiada masalah untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Apa yang lebih mengejutkan ialah rupa-rupanya terdapat ramai petugas perubatan berbangsa Cina di hospital tersebut. Perkara itu memecahkan stereotaipnya bahawa 'hospital kerajaan hanya ada kakitangan Melayu'.

"Doktor sangat profesional, jururawat berdedikasi dan sangat penyabar, Mereka menjaga setiap pesakit dengan penuh perhatian. Makanan hospital juga disusun dengan pemakanan yang seimbang," tambahnya.

Image via Lily Law (Facebook)

Setelah enam hari menerima rawatan di hospital, menjalani pelbagai pemeriksaan oleh pakar menerima ubat-ubatan, menjalani pembedahan dan bahkan dua kali menggunakan ambulans, kini dia bersedia untuk bil yang mungkin sangat mahal.

Tetapi, perkara itu ternyata berada di luar jangkaannya selepas mendapat tahu jumlah yang perlu dibayar hanya RM202 sahaja.

"Saya sangka perlu bayar sekurang-kurangnya RM700 - RM1000. Apabila jururawat memberitahu saya hanya RM202 (tidak termasuk komponen penyambung tulang), saya benar-benar tidak percaya!

"Sangat jelas bahawa jika di hospital swasta, pembedahan seperti ini sekurang-kurangnya menelan belanja lima angka," jelasnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment