Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Konfiden Cakap Kunyit Itu Carrot, Ramai Terhibur Tengok Aksi Sharifah Sakinah Di Dapur

Pun boleh!

Cover image via @ichiw0n (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kaum wanita sudah tidak asing lagi berada di dapur kerana merekalah yang selalu menyediakan juadah untuk keluarga

Pun begitu, kini bidang masakan juga telah banyak dimonopoli oleh kaum lelaki. Ia adalah perkara yang positif sebenarnya. Alangkah lebih baik jika dapat memasak bersama betul tak?

Namun, bukan semua orang ada kemahiran memasak ini kerana anda perlu ada ilmu walaupun ia masakan mudah. Kalau tidak, tak menjadilah makanannya.

Lain pula cerita dengan selebriti tanah air Malaysia iaitu Sharifah Sakinah apabila aksinya di dapur telah mengundang tawa ramai.

Lihat video itu di bawah:

Ingatkan carrot tapi rupa-rupanya adalah kunyit

Menerusi video tersebut, difahamkan ia adalah klip potongan daripada sebuah rancangan memasak di TV3.

Artis jemputan kali ini adalah keluarga Sharifah Shahirah dan juga adiknya Sharifah Sakinah untuk menyiapkan juadah berbuka mereka.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah Sharifah Sakinah dengan yakinnya menyebut kunyit itu adalah lobak merah semasa dia sedang memasak. Perkara itu membuatkan kakaknya tergelak dan menegurnya.

Dapat dilihat juga anak Sharifah Shahirah iaitu Airra turut membantu mereka di dapur.

Image via @ichiw0n (TikTok)

"Anak buah dia pun pelik kenapa lah dapat mak cik macam ni hahaha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat keluarga berkenaan memasak.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 86.8K likes dan 644 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @ichiw0n (TikTok)

Image via @ichiw0n (TikTok)

Image via @ichiw0n (TikTok)

Image via @ichiw0n (TikTok)

Image via @ichiw0n (TikTok)

Riuh betul dekat dapur tengok keluarga ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment