Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Berita Baik Buat Warga Puncak Alam, Cawangan Maybank Akhirnya Kini Dibuka Di Sana

Difahamkan, ia merupakan cawangan pertama di UiTM.

Cover image via Kosmo!

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat pertama kalinya, Malayan Banking Berhad (Maybank) membuka cawangan pertama di Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Menurut laporan Kosmo!, ia bertempat di UiTM Cawangan Selangor (UCS) Kampus Puncak Alam.

Naib Canselor UiTM iaitu Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin berkata, pihaknya sentiasa terbuka hati kepada mana-mana bank untuk memberi perkhidmatan perbankan di UiTM.

Image via Kosmo!

“Program hari ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila UCS Kampus Puncak Alam menjadi lokasi pelancaran Maybank@Campus pertama di UiTM. Ia sekaligus menjadikan kampus di sini sebagai perintis yang menawarkan cawangan Maybank.

“Maybank@Campus adalah bukti komitmen berterusan UiTM bersama Maybank dalam menyokong aspirasi pendidikan negara serta memupuk literasi kewangan dalam kalangan mahasiswa,” katanya.

Dengan adanya bank di dalam kampus, ia memudahkan pelajar untuk mengakses perbankan mudah alih, e-dompet, transaksi tanpa tunai dan khidmat nasihat kewangan digital

Sementara itu, Pengarah Wilayah Selangor dan Negeri Sembilan Maybank Malaysia iaitu Abd. Razak Kamardin Abdul Razak memaklumkan bahawa pembukaan cawangan Maybank tersebut merupakan usaha strategik pihaknya bagi memperkenalkan konsep perbankan digital menyeluruh kepada pelajar dan komuniti kampus.

“Cawangan Maybank di UCS Kampus Puncak Alam ini adalah cawangan kesembilan di dalam universiti di negara ini dan yang pertama melibatkan UiTM.

“Sebelum ini kita membuka cawangan di universiti lain antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain,”
ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment