Khairul Aming Dedah Habis Hampir RM1 Juta Bagi Kos Perbelanjaan Bawa Staf Pergi Bercuti
Murah rezeki KA.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pempegaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming bukan?
Khairul Aming telah menjadi insiprasi ramai anak muda di luar sana untuk berjaya sepertinya. Tidak hanya itu, dia juga dilihat seorang majikan yang baik oleh pekerjanya.
Baru-baru ini, Khairul Aming telah mendedahkan kos perbelanjaan untuk membawa stafnya pergi bercuti telah mendapat perhatian ramai.
Image via @khairulamingfans_ (TikTok)
Kongsi mahu kekalkan bawa staf pergi bercuti setiap tahun
Menerusi video tersebut, Khairul Aming telah menjawab satu soalan yang ditanya oleh pengikutnya ketika sesi live.
Individu itu bertanyakan berapakah jumlah yang dihabiskan untuk percutian bersama stafnya. Khairul Aming kemudian menjawab terdapat dua kos yang terlibat.
Pertama, kos untuk membawa staf bercuti termasuklah penginapan hotel, makanan, aktiviti, pengangkutan dan duit poket. Ia dianggar sekitar RM200,000 hingga RM300,000.
Malah, dia juga perlu menanggung kos kerugian produksi apabila kilangnya ditutup selama lima hari iaitu sekitar RM700,000 hingga RM750,000.
Setelah digabungkan, jumlah keseluruhan kos yang terlibat adalah hampir RM1 juta.
"Saya dah dedicate every year nak celebratekan staf," katanya.
Tambahnya, dia akan cuba melakukan perkara ini setiap tahun walaupun kilang perlu ditutup sementara.
Lihat video di bawah:
Bagus KA ni jaga kebajikan staf :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment