Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kesemua Slot Untuk Vaksin Covid-19 AstraZeneca Kini Telah Ditempah & Selamat Didaftarkan!

Tempahan secara sukarela itu telah dibuka sejak 12 tengah hari, 2 Mei 2021.

Cover image via Malay Mail Berita Harian

Tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca secara sukarela yang dibuka secara rasmi kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur mulai pukul 12 tengah hari tadi mendapat sambutan hangat

Dalam perkembangan terkini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kesemua slot vaksin AstraZeneca itu kini telah penuh dan ditempah tetapi rakyat Malaysia masih boleh klik di tarikh tersebut untuk dimasukkan dalam senarai menunggu.

Image via Malaysia Gazette

Orang ramai dibenarkan memilih satu satu tarikh dan satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sahaja

PPV disediakan di World Trade Centre Kuala Lumpur, Ideal Convention Centre Shah Alam, Dewan 1, Bangunan Peperiksaan Universiti Malaysia dan Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bagi memudahkan orang ramai memilih lokasi, jika tarikh yang dipilih sudah tiada, ia akan bertukar kelabu.

Walau bagaimanapun, orang ramai masih boleh memilih tarikh yang dimahukan untuk dimasukkan dalam senarai menunggu.

Pendaftaran bagi mendapatkan vaksin AstraZeneca ini berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.

Untuk maklumat lanjut, pendaftaran boleh dibuat melalui laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 www.vaksincovid.gov!

Tahniah bagi yang telah berjaya mendaftarkan diri secara sukarela untuk vaksin AstraZeneca ini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik mengenai vaksin Covid-19 hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment