Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

5 Tahun Kumpul Sampah Di Halaman Rumah. Kes Hoarder Paling Kritikal Setakat Ini!

Jadi masalah kalau sampai ganggu jiran sebelah.

Cover image via @pwpswcorp (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah rumah di Segambut, Kuala Lumpur didapati menyimpan barangan buangan dan terpakai sehingga memenuhi halaman rumahnya

Pengarah Solid Waste & Public Cleansing Management Corporation (SWCorp) Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib melawat sendiri rumah tersebut untuk lakukan tindakan selanjutnya.

Menerusi video yang dikongsinya di TikTok, penghuni rumah dilihat tidak keluar daripada rumah tersebut setelah berulang kali dipanggil untuk keluar.

Menerusi maklumat daripada jiran, tabiat mengumpul barang buangan dan terpakai melampau ini sudah dilakukan hampir empat ke lima tahun.

Penghuni rumah tersebut juga dikatakan tinggal berseorangan di rumah berkenaan.

Image via @pwpswcorp (TikTok)

"Siang dia keluar merayau cari barang-barang lah tu, jenis ini payah oo, kita clear sampah-sampah dia, dia kutip balik simpan dekat rumah dia" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 6.2M views, 205.5K likes dan 3.4K shares.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi yang diberikan netizen terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @pwpswcorp (TikTok)

Image via @pwpswcorp (TikTok)

Image via @pwpswcorp (TikTok)

Lihat video tersebut di bawah:

Kalau sampai mengganggu jiran dan persekitaran, memang kena panggil penguatkuasa untuk settle kan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment