Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kerajaan Umum Tambahan Kuota Data 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama Buat Rakyat Malaysia

Difahamkan, kos tambahan kuota itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat telekomunikasi masing-masing.

Cover image via Sirap Limau Fahmi Fadzil

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi pascabayar dan prabayar warga Malaysia pada hari pertama Aidilfitri ini

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata kos tambahan kuota itu ditanggung sepenuhnya oleh syarikat telekomunikasi.

"Ini adalah insentif kali pertama diperkenalkan khususnya Kementerian Komunikasi iaitu tambahan kuota data minimum 5GB kepada semua pengguna pascabayar dan prabayar, warga Malaysia.

"Tambahan kuota data ini sah bagi tempoh 24 jam, tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

Image via Kementerian Komunikasi

Insentif itu dijangka memberi manfaat kepada sekitar 45 juta pemegang akaun berdaftar di negara ini

Fahmi yang juga Jurucakap kerajaan Perpaduan berkata, usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI menitikberatkan nilai ihsan kepada rakyat.

Ia juga penting dalam mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Aidilfitri.

"Insentif ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 45 juta pemegang akaun berdaftar di negara ini," katanya.

Maklumat lanjut mengenai insentif rebat RAHMAH Aidilfitri akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Senarai soalan lazim (FAQ) boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Komunikasi menerusi pautan https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq.

Image via Kementerian Komunikasi

Image via Kementerian Komunikasi

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment