Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Keputusan Senarai 12 Lagu Finalis Yang Layak Berentap Di Pentas Anugerah Juara Lagu Ke-36

Lagu Pilihan Penonton iaitu Nafas Cinta nyanyian oleh Khai Bahar dan Aina Abdul antara yang mara ke pentas AJL36.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Debaran pentas akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) kini kian memuncak apabila 12 buah lagu terbaik telah dipilih menerusi pentas separuh akhir Muzik Muzik

Keputusan finalis AJL 36 tersebut diumumkan oleh Alif Satar dan Sissy Imann baru-baru ini.

Peringkat separuh akhir yang juga dikenali sebagai Semi Final Muzik-Muzik 36 (SFMM36) itu mempertaruhkan 30 buah lagu keseluruhannya yang merangkumi pelbagai genre muzik termasuklah balada, pop rock dan hip hop, nyanyian oleh para penyanyi hebat tanah air.

18 lagu dipertandingkan di episod pertama, manakala episod kedua pula menampilkan 12 lagu selebihnya.

Turut menyemarakkan pentas adalah penampilan istimewa penyanyi-penyanyi undangan antaranya Kumpulan Estranged, Muss, Drama Band, Margaswata, Zynakal, Asyraf Nasir, Lia Aziz dan juara program realiti Lagu Cinta Kita musim ketiga iaitu Syafeek dan Zazo.

Jom kita semak dahulu senarai 12 lagu finalis yang layak berentap di pentas AJL36

Image via fbcdn.net

1. Boneka - Ernie Zakri

Komposer: Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat

2. Mimpi - Haqiem Rusli

Komposer: Haqiem Rusli & Datuk A.Aida

Penulis lirik: Haqiem Rusli & Datuk A.Aida

3. Sepi - Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul & Wan Zakaria

4. Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul

Komposer: Khai Bahar & Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul & Wan Zakaria

5. Purnama - Naim Daniel

Komposer: Amzar Razqa & Naim Daniel

Penulis lirik: Amzar Razqa

6. Intan Payung - Noraniza Idris & Bunga

Komposer: Luca Sickta, Bunga & Amzar Razqa

Penulis lirik: Bunga & Siqma

7. Salahku - Yonnyboii

Komposer: Yonnyboii

Penulis lirik: Yonnyboii

8. Pelukan Angkasa - Sog X Shila Amzah

Komposer: Raja Nazrin Shah

Penulis lirik: Fazleena Hishamuddin

9. Aewo - Shiha Zikir Ft Noki

Komposer: Ezra Kong

Penulis lirik: Ezra Kong & Noki

10. Lara - Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

Komposer: Hael Husaini & Mfmf

Penulis lirik: Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

11. Angkara - Siti Nordiana

Komposer: Sharon Paul

Penulis lirik: Fedtri Yahya & Nana Alias

12. Cinta - Marsha Milan

Komposer: Bunga Cantik & Hang Nadim

Penulis lirik: Hang Nadim

Lagu Pilihan Penonton - Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul

Kesemua lagu telah diadili oleh Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan, Altimet dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

Kami daripada SAYS Seismik ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua finalis Anugerah Juara Lagu 36!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment