Keluarga Terkedu Perompak Bawa Lari Kereta Dalam Rumah - "Mereka Guna Remote Sendiri"
Difahamkan, kejadian berlaku di Meru, Ipoh.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Banyak sekarang kes jenayah yang semakin berlaku di Malaysia
Sudah tentu perkara ini amat membimbangkan kepada kita. Meskipun di tempat awam, jenayah juga boleh berlaku tidak kira waktu.
Apatah lagi, mereka sekarang ini dilihat seperti tidak takut dengan jenayah yang dilakukan.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan perompak yang mencuri sebuah kereta walaupun tahu tuan rumah berada di dalam.
Image via @farrahouz1 (TikTok)
Tak takut lakukan jenayah walaupun tuan rumah dan bunyikan alarm
Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi kejadian menakutkan ketika dia sedang berada di rumah bersama ahli keluarganya.
Menurutnya, kejadian berlaku di Mero, Ipoh pada pukul 3.50 pagi selepas perompak membuka pagar rumahnya menggunakan alat kawalan sendiri.
Walaupun ia disedari tuan rumah dan mereka sudah membunyikan alarm, perompak kemudian sempat mencuri kereta Vellfire.
"Perompak tekad hidupkan enjin within 5-7 minit. Instead of lari kami menjerit. Kami tak berani keluar takut perompak ada geng tunggu di luar atau ada pistol," tulisnya.
Lihat video di bawah:
Semoga pihak polis dapat segera tangkap penjenayah ini!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment