Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Kecoh Sekampung" - Hasil Minta Sedekah, Pengemis Ada Simpanan RM149K Ini Jadi Perbualan

Dia kesal dan ingin berubah.

Cover image via Banjarmasin Post Keuangan

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak kisah di negara mana-mana pun, kita sering jumpa pengemis yang meminta sedekah bukan?

Kadangkala, kita merasa simpati kepada mereka sehinggakan kita pun menghulurkan sedikit wang kepada mereka. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki pengemis berjaya meraih sejumlah wang telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Lelaki itu berjaya kumpul sehingga RM149K

Menerusi video yang dilaporkan oleh Tribun News, kejadian itu berlaku di negara jiran iaitu di Indonesia.

Seorang lelaki telah dilaporkan mendapat sejumlah wang hasil dari meminta sedekah dan mengemis selama 13 tahun. Kini, dia berumur 47 tahun. 

Pengemis yang dikenali sebagai Lutfi Haryono itu dikatakan memiliki sejumlah wang wang iaitu RM149,000. Perkara itu membuatkan ramai curiga.

Image via Kompas TV

Lelaki itu memberi keterangan kepada pihak polis dan berjanji akan insaf

Menerusi sumber, pengemis kaya itu menjadi tular selepas gambar dua buku simpanan bank miliknya dimuat naik di media sosial. 

Pihak polis seterusnya mengambil keterangan untuk meleraikan buah mulut masyarakat. Lelaki itu juga berkata dia akan berhenti meminta sedekah dan memulakan perniagaan dengan membuka warung. 

Tak sangka hasil minta sedekah boleh kumpul duit sebanyak tu! :0

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment