Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kanak-Kanak 2 Tahun Meninggal Dunia Selepas Tertinggal Di Dalam Kereta Kerana Tertidur

Allahu, banyak betul kes seperti ini sejak kebelakangan ini...

Cover image via Mstar

Sejak kebelakangan ini, banyak kes tertinggal anak di dalam kereta telah berlaku di Malaysia dan setiap kes yang terjadi turut melibatkan kematian kanak-kanak tersebut

Gambar sekadar hiasan.

Image via Maukerja

Selalunya, mangsa yang terlibat telah ditinggalkan oleh ibu bapa atau penjaga yang bertanggunjawab untuk menjaga mereka pada ketika itu dan mereka tidak menyedari bahawa kanak-kanak ini sedang tidur di belakang.

Sebab itulah lebih baik jika anda boleh memeriksa kereta terlebih dahulu sebelum memasuki kediaman atau meninggalkan kereta anda di bawah cuaca yang panas tanpa membuka tingkap.

Kes terbaru telah berlaku pada hari Isnin lalu iaitu pada 22 Julai di Taman Sungai Raya, Langkawi ketika seorang bayi berusia 2 tahun 10 bulan meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam kereta

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mstar

Menurut laporan, kanak-kanak perempuan itu telah meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta yang dipandu oleh datuknya. Mangsa juga dikatakan telah ditinggalkan selama dua jam di dalam kereta yang parkir di luar pagar berhadapan rumah mereka.

Ketua Polis Kedah iaitu Datuk Zainuddin Yaacob, berkata bahawa ketika mangsa ditemui oleh ibu dan datuknya, mangsa tidak sedarkan diri dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Langkawi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob.

Image via Free Malaysia Today

“Sebelum kejadian, mangsa mengikut datuknya berusia 73 tahun menaiki kereta untuk menjemput kakak dan abangnya pulang dari sekolah. Bagaimanapun, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang bersama kakak dan abangnya dipercayai tertidur."
Datuk Zainuddin Yaacob

Datuk mangsa turut beranggapan bahawa kesemua cucunya di dalam kereta tersebut telah turun dan masuk ke dalam rumah tanpa menyedari bahawa mangsa masih berada di dalam kereta

Selepas dua jam berlalu, ibunya keluar untuk mencari mangsa di rumah datuknya yang terletak berhampiran rumah mereka sejurus menyedari bahawa anaknya itu tiada bersama kakak dan abangnya.

Mangsa telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tertiarap di tempat duduk penumpang belakang lalu digegaskan ke Hospital Langkawi sebelum disahkan meninggal dunia akibat strok haba.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment