Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana" - Kongsi Video Mesra, Netizen Minta DSV & Iqbal Kahwin Cepat

Eloklah dipercepatkan jika masih ada kasih sayang.

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui kisah cinta tidak jadi jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) dan usahawan yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli

Putus belum sempat ke jenjang pelamin, ramai yang turut berduka dan kecewa atas gagalnya hubungan yang cuba dibina pasangan itu.

Bagaimanapun, kedua-duanya masih terbuka dan berlapang dada menerima ketentuan takdir yang tidak menemukan mereka bersama.

Buktinya, video terbaru yang dimuat naik oleh DSV laman sosial rasmi miliknya di TikTok baru-baru ini, mereka membuat video 'content' bersama dan kelihatan mesra.

Tonton video penuh berkenaan di bawah:

Masing-masing muat naik video mesra di IG Story dan TikTok

Perkongsian DSV di platform TikTok miliknya mencuri perhatian ramai netizen lebih-lebih lagi ia memaparkan kemesraan terjalin antara dia dan Iqbal.

Menerusi video yang dimuat naik oleh DSV, kelihatan dia sedang ‘mengajuk’ audio berjudul Bai Bai Aku Minta Terai yang viral di platform tersebut bersama Iqbal.

Malah, mereka turut dilihat berkongsikan gambar dan video mesra di platform IG Story dan TikTok masing-masing.

Image via @ahmadiqbalzulkefli (Instagram)

"Tengok Iqbal pun dia ikhlas masih sayangkan Dato'.. Dato' pun kalau masih sayang, jangan tangguhkan.. kalau kahwin.. mesti meletup mana-mana stesen TV" - Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa suka melihat aksi mesra mereka berdua, malah ada juga yang mengatakan pandangan daripada usahawan berusia 28 tahun itu sangat ikhlas menyayangi DSV.

Selain itu, terdapat pengguna TikTok menitipkan pandangan agar tidak mengambil peduli mengenai hati dan perasaan orang lain sekiranya dua hati sudah berpaut antara satu sama lain.

Ketika artikel ini ditulis, video itu sudah pun meraih lebih 1.5M views, 45.8K likes dan 1786 comments di TikTok.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di TikTok:

Image via @datoserividaofficial (TikTok)

Image via @datoserividaofficial (TikTok)

Image via @datoserividaofficial (TikTok)

Image via @datoserividaofficial (TikTok)

Semoga dipermudahkan urusan dan baik-baik sahaja buat DSV dan Iqbal!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment