Kajian Kata Kita Akan Rasa Lebih Bahagia Bila Offline - "Tutup Data, Tenang Jiwa"
lau rasa kepala makin serabut, mungkin ini masanya untuk off data dan bagi otak 'cuti'.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam hidup ini, kita selalu anggap kalau nak rasa tenang mesti kena pergi bercuti atau buat aktiviti dengan kawan-kawan
Tetapi, baru-baru ini terdapat satu kajian terbaharu yang mendapati kadangkala, tenang tu boleh mula dengan satu benda saja, iaitu tutup data telefon.
Para penyelidik telah menjalankan eksperimen dengan meminta peserta menutup data mudah alih selama beberapa hari.
Percaya atau tidak, hasilnya ialah mereka menjadi kurang stres, tidur lebih lena, dan lebih fokus dengan dunia sekeliling. Siapa sangka, off data pun boleh boost mental kita!
Menurut kajian itu juga, bila tak ada notifikasi, hidup kita akan jadi lebih sihat
Ramai di antara kita tidak sedar betapa otak sentiasa 'on alert' bila data aktif. Walaupun notifikasi WhatsApp, IG DM, news alerts semua itu kecil saja, tapi apabila datang tanpa henti, ia meletihkan otak kita.
Dengan off data, kita boleh mengelak untuk buka media sosial setiap 5 minit dan tidur malam lebih berkualiti sebab tak terjaga dek bunyi mesej.
Nampak macam simple, tapi impaknya besar!
Nak mula memang susah, tapi ini apa yang anda boleh buat:
- Tutup data sejam sebelum tidur
- Pilih satu hari hujung minggu untuk 'offline day'
- Letak telefon jauh masa lepak dengan keluarga atau kawan
Selamat mencuba!
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment