Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Jenama Terkenal Malaysia Bonia Ambil Nayeon Dari Kumpulan TWICE Sebagai Duta

Wah, orang luar negara terus ambil ni!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama fesyen terkenal Malaysia Bonia, telah mengumumkan pengambilan duta terbaru mereka iaitu penyanyi dari Korea Selatan, Nayeon

Nayeon merupakan ahli kumpulan dari TWICE yang popular di Korea Selatan dan juga di dunia. Bonia telah mengumumkan pelantikan duta baru mereka itu menerusi Instagram.

Menurut jenama itu di platform Instagram, difahamkan Nayeon akan menjadi wajah bagi kempen Musim Bunga Panas 2024 Bonia.

Image via @bonia__official (Instagram)

Nayeon sebelum ini tidak asing lagi dengan bekerja dengan pelbagai jenama terkenal. Pada tahun lepas, dia telah melancarkan koleksi dengan sub-jenama Tommy Hilfiger iaitu Tommy Jeans dan juga menjadi duta kecantikan bagi jenama Givenchy.

Ahli kumpulan TWICE telah terbukti menjadi kumpulan yang popular dalam kalangan jenama kerana ahli-ahli lain telah turut dipilih untuk menjadi duta oleh pelbagai jenama.

Pengumuman berkenaan ternyata telah mendapat perhatian ramai yang turut teruja dengan kehadirannya sebagai duta jenama Malaysia itu.

Image via Kpopping

Lihat video pengumuman itu di bawah:

Bangga dengan jenama Malaysia! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment