Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Jenama Kasut Popular Singapura, 'Sunnystep' Kini Dibuka Di The Exchange TRX, Kuala Lumpur

Kasut yang selesa daripada gabungan sains, kelestarian dan gaya.

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama kasut Singapura yang terkenal, Sunnystep dengan kasut-kasut bergaya dan reka bentuk saintifik, melebarkan sayap ke Malaysia dengan pembukaan gedung pertamanya di The Exchange TRX, Kuala Lumpur baru-baru ini

Pengembangan itu adalah selaras dengan peningkatan gaya hidup lebih sihat dan aktif dalam kalangan rakyat Malaysia dalam dunia pasca pandemik.

Ketika ramai rakyat Malaysia memulakan gaya hidup lebih cergas, mereka memerlukan kasut yang sesuai untuk meningkatkan keselesaan dan menyuntik semangat positif.

Berbekalkan misi memperkasakan orang ramai untuk bergerak bebas dan ceria, Sunnystep menawarkan penyelesaian kasut yang sempurna dengan menambah baik postur badan, keseimbangan dan kestabilan.

Pengasas Sunnystep, Ting Mao.

Image via @mysunnystep (Instagram)

Menurut pengasas Sunnystep, Ting Mao, kisah jenama itu bermula selepas satu kecederaan tulang belakang yang parah mengubah caranya berjalan, duduk dan berdiri selama-lamanya.

"Ketika itu, saya tidak menemui sebarang jenama kasut yang menawarkan ciri versatiliti dan sokongan fungsi yang amat diperlukan oleh badan saya.

"Saya yakin kasut yang sesuai boleh mengubah hidup, postur, potensi serta langkah anda ke hadapan.

"Jadi, Sunnystep dilahirkan bagi membantu orang ramai hidup dengan sejahtera dan menikmati keceriaan yang dibawa pergerakan,"
katanya.

Gabungan sains, kelestarian dan gaya merupakan teras utama Sunnystep

Produk utama Sunnystep seperti Balance Runner (RM475) dan Dream Sneaker (RM595) direka bentuk dengan teliti bagi menyokong gaya hidup yang sihat dan sejahtera.

Dengan kerjasama MIT Sports Lab, Sunnystep gigih mengkaji aerodinamik dan taburan tekanan yang tepat pada kasut-kasutnya bagi memastikan tekanan minimum pada bahagian kaki serta badan.

Contohnya, lapik dalaman proprietari Sunnystep, ‘Polyurethane Cloud Cushioning’ menawarkan sokongan lengkung yang stabil dan tidak tenggelam, serta kusyen gel di bahagian depan dan tumit iaitu bahagian utama yang terdedah kepada impak tinggi untuk penyerapan kejutan yang semula jadi.

Dari kiri; Pengurus Operasi Sunnystep, Yani Amiza, Pengurus Kanan Eksekutif Pemasaran Sunnystep, Claire Yu dan Pengasas Sunnystep, Ting Mao.

Image via @mysunnystep (Instagram)

Selain itu, kasut Sunnystep juga mempunyai alas yang lebih lebar serta lapik luaran yang anti-kejutan bagi meminimumkan impak dan meningkatkan kestabilan.

Ditambahkan lagi dengan bahagian atas yang mencegah lepuh, semua unsur reka bentuknya meminumumkan tekanan dan ketidakselesaan, sekali gus menjamin keselesaan berpanjangan bagi setiap langkah anda.

Selain selesa, kasut Sunnystep juga praktikal dan mudah dijaga. Sifat kasutnya yang kalis gelincir, kalis air dan tahan lasak. Digabungkan dengan bahan cepat kering dan mudah dibersihkan, memastikannya sentiasa bersedia untuk sebarang pengembaraan

Tambahan pula, ciri anti-mikrob dan anti-bau memastikan kaki anda kekal segar sepanjang hari.

Bahagian atas yang diperbuat daripada kulit vegan dan menggunakan sisa kopi kitar semula

Bagaimanapun, komitmen Sunnystep terhadap inovasi tidak terhenti di situ. Dedikasi jenama itu terhadap kelestarian terbukti melalui reka bentuk Dream Sneakers yang menampilkan bahagian atas yang diperbuat daripada kulit vegan berasaskan bio yang diperakui GRS serta menggunakan sisa kopi kitar semula.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Jelas Ting Mao lagi, setiap kasut Sunnystep hanya 150g (saiz 37), menjadikannya selesa dipakai sepanjang hari.

"Falsafah teras kami memfokuskan kepada ‘Joy of Movement’ atau ‘Keceriaan Pergerakan’, dengan membudayakan hidup yang lebih ceria dan sihat melalui kasut yang terbaik.

"Ini termasuk gabungan sains, kelestarian dan gaya melalui kerjasama dengan kilang-kilang yang diperakui bertanggungjawab, dedikasi kami untuk menggunakan bahan-bahan mesra alam, dan komitmen kami untuk mengangkat amalan kelestarian,"
 ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sunnystep, anda boleh layari https://my.mysunnystep.com/ atau datang sahaja ke outlet Sunnystep di The Exchange TRX, Kuala Lumpur!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment