Jejaka Kelantan Terapkan Imej Jepun, Selamba Kutip Sampah Pakai Kimono - "Steady Boh!"
Bagus inisiatif dia, ramai boleh jadikan contoh.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang jejaka dari Kota Bharu, Kelantan memilih untuk mengutip sampah di kawasan awam sambil berpakaian tradisional Jepun lengkap dengan kimono dan terompah kayu
Menurut laporan BERNAMA, jejaka yang dikenali sebagai Nik Ahmad Kashfi atau mesra disapa Kay berkata usahanya itu bermula kira-kira tiga tahun lepas untuk menyampaikan mesej kepedulian terhadap kebersihan alam sekitar.
Difahamkan, ketika itu dia baru saja membuka akaun TikTok dan menghasilkan kandungan tersebut apabila melihat masih ada segelintir masyarakat yang mengambil ringan tentang kebersihan di tempat awam.
Image via FMT
"Pada awalnya, Kay tiada identiti seperti sekarang, hanya merakamkan video dengan berpakaian biasa dan mengutip sampah secara rawak dengan niat kandungan yang dihasilkan dapat memberikan mesej kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan.
"Apabila mendengar cerita rakan-rakan yang rakyat Jepun terkenal dengan disiplin penjagaan kebersihan, daripada situlah saya cuba terapkan sedikit ‘imej’ mereka dalam menghasilkan kandungan video ketika mengutip sampah supaya lebih menarik perhatian ramai," katanya.
Anak keenam dari tujuh adik-beradik itu meluangkan masa kira-kira dua hingga tiga jam sehari untuk mengutip sampah di sekitar Kota Bharu
"Saya memilih untuk memakai kimono kerana ia bukan sahaja menarik perhatian tetapi juga memberi elemen unik dan kelainan, mungkin membuatkan orang akan lebih tertanya-tanya.
"Apabila mereka datang bertanya, saya ambil peluang untuk menerangkan kepentingan menjaga kebersihan," katanya lagi.
Image via BERNAMA
Menurut Kay, pada mulanya dia berasa malu dan ragu-ragu dengan pendekatan itu kerana risau dipandang sinis oleh masyarakat sekeliling.
"Ada juga timbul persoalan dalam diri adakah betul apa yang saya buat ini? Mungkin ada yang terkejut dan salah faham, malah saya pernah berhenti sebentar melakukannya.
"Tetapi selepas mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya kembali bersemangat dan teruskan cara begini hingga ke hari ini.
"Ada yang mempertikaikan kenapa saya perlu memakai pakaian budaya luar untuk menyampaikan mesej ini namun bagi saya, apa yang penting ialah mesej tentang kebersihan itu sampai dan memberi kesan kepada masyarakat, tidak kira bagaimana ia disampaikan," katanya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment