Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Inspirasi" - Ramai Tersentuh Guru Bertangan Satu Ini Hias Kelas Untuk Anak Muridnya

Pengorbanan cikgu sungguh besar.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Guru-guru memang besar pengorbanan mereka, banyak ilmu yang telah dicurahkan kepada pelajar ketika di sekolah

Ada kalanya, mereka menjadi teman baik untuk anak murid mereka. Memberi bimbingan, motivasi dan sokongan kepada pelajar kerana itu merupakan tanggungjawab seorang guru. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang guru bertangan satu tekad menghias bilik darjah untuk anak muridnya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Jadi inspirasi kepada semua orang kerana kegigihannya

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang guru sedang mengemas bilik darjah sambil merakam dirinya bekerja.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila dia dilihat sangat gigih dan tekad untuk menghias kelas anak muridnya walaupun bertangan satu. Dia juga melakukan semua perkara dari mengecat dinding sehingga menampal dekorasi pada papan seorang diri tanpa bantuan.

"Tekad seorang guru bertangan satu menyediakan kelas kondusif untuk anak didik," tulisnya. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Cikgu macam ni la layak dapat anugerah. Semoga Allah brsama tiap langkah cikgu untuk mendidik" - Netizen

Suuslan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 656K tontonan, 65K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum melihat kegigihan guru itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @inspirasitangansolo (TikTok)

Image via @inspirasitangansolo (TikTok)

Image via @inspirasitangansolo (TikTok)

Terima kasih cikgu. Semoga dipermudahkan segala urusan! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment